Perihal Proton dan Duit.

Perihal Proton dan Duit.
.
1. Ditubuhkan pada tahun 1983 dengan modal berbayar sebanyak RM150 juta daripada kerajaan.
.
2. 1985, Proton dan Mitsubishi memasuki satu perjanjian kerjasama ekuiti di mana 30% pemilikan Proton diberikan kepada Mitsubishi yang mana 70% daripada kapital kerjasama tersebut diberikan dalam bentuk pinjaman matawang yen.
.
3. Modal kos pembinaan(Capital construction cost) untuk 2 kilangnya di Shah Alam dan Tanjung Malim yang berjumlah US$2 Billion(RM6 billion) atau lebih ketika ia dibina menggunakan duit pembayar cukai.

*uhuk2 sebab tu kos pembinaan ini tak pernah mention dalam balance sheet proton*
.
4. 1996, Proton telah membeli syarikat automatif British, Lotus Group International dengan harga RM236 juta.
.
5. 2000, Petronas telah membelanjakan sebanyak RM1.033 billion(RM7 sesaham) dengan pengambialihan 27.2% saham Proton daripada Hicom Holdings secara tunai.
.
6. 2003, jumlah royalti yang telah dibayar kepada Mitsubishi adalah berjumlah RM17 billion walaupun Mitsubishi adalah diantara pemegang saham terbesar Proton sejak dari awal penubuhannya.
.
7. 2004, Proton telah membeli syarikat motorsikal Itali, MV Agusta Motorcycle pada harga RM 510juta dan akhirnya dijual kepada Gevi Spa dengan harga 1 euro pada tahun 2005.


.
8. 2005, Mitsubishi telah menjual keseluruhan baki 7.9% pegangan sahamnya menamatkan kerjasama selama 22 tahun bersama Proton dengan harga RM384 juta dan dibeli semuanya melalui dana pelaburan milik kerajaan Khazanah Nasional Berhad.
.
9. 2011, Proton memohon pemulangan semula dana dari kerajaan sebanyak RM3.7 Billion atas segala usaha R&D yang pernah ia lakukan.
.
10. 2012, dana pelaburan milik kerajaan Khazanah Nasional melupuskan pegangannya sebanyak 42.74% dalam Proton kepada DRB-Hicom,yang dikaitkan dengan taikun Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary dengan harga RM1.291 bilion.

*Keseluruhan suntikan modal melalui perubahan saham oleh Khazanah Nasional dianggarkan berjumlah RM1 Billion.

DRB-Hicom juga telah membuat tawaran awam mandatori (MGO) bagi baki saham Proton Holdings yang masih belum dimilikinya kepada pemegang saham utama lain Proton ialtu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan pegangan 10.72% dan PETRONAS 7.85% ketika itu.

Jumlah kos keseluruhan yang telah dikeluarkan oleh DRB-Hicom untuk mengambil alih Proton dianggarkan bernilai lebih RM3 bilion.

.
11. Setakat 2015, kos penyelidikan dan pembangunan, R&D yang dibelanjakan oleh Proton sepanjang 30 tahun sejak tahun 1983 adalah berjumlah RM18 bilion ringgit.
.
12. Mac 2016, DRB-Hicom mencatatkan kerugian bersih sejumlah RM991.9 juta dan RM1.426 bilion untuk suku dan tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2016.
.
13. June 2016, Kerajaan telah menyuntik sehingga RM1.25 bllion tunai dengan membeli redeemable convertible cumulative preference shares(RCCPS) aka Saham Keutamaan Boleh Tukar Boleh Tebus Terkumpul daripada Proton sebagai sebahagian dari langkah pemberian 'soft-loan' berjumlah sebanyak RM 1.5 Billion daripada kerajaan untuk digunakan oleh Proton bagi membayar hutang-hutang vendornya.

Langkah itu dilakukan melalui penukaran hutang kepada saham RCCPS melalui Govco Holdings Bhd, 99.9% syarikat milik Kementerian Kewangan.

*Alah yang femes baru-baru ini sejak kementerian kewangan mengatakan Govco Holding Bhd sebagai salah satu syarikat jaminan hutang kerajaan/contingent liability yang kini dikira sebagai sebahagian dari RM1 Trillion Hutang Kerajaan.
.
14. August 2016, Kerajaan suntik lagi dana sokongan RM250 juta untuk Proton melalui Saham Keutamaan Boleh Tukar Boleh Tebus Terkumpul(RCCPS) sekali lagi melalui Govco Holdings Bhd, mencukupkan jumlah RM1.5 billion yang telah diluluskan kerajaan.
.
15. May 2017, Kerajaan berjanji untuk membayar balik RM1.1 billion dalam bentuk geran kepada Proton sebagai pulangan diatas kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan, R&D yang telah Proton jalankan.
.
16. Jun 2017, 49.9% pegangan saham Proton telah dibeli oleh Zhejiang Geely pada harga RM460.30 juta, dimana RM170 juta dibayar dalam bentuk tunai manakala RM290 juta dibayar dalam bentuk pertukaran platform SUV Boyue kepada proton yang mana akan membenarkan Proton untuk masuk ke pasaran SUV melalui 'rebadged' dan seterusnya melakukan pembangunan SUVnya sendiri melalui platform tersebut.
.
17. Melalui perjanjian Jun 2017 tersebut juga, Lotus telah dimiliki oleh Zhejiang Geely (51.1%) selepas membayar sebanyak £100 juta(RM540 Juta) kepada DRB-Hicom.
.
18. Oktober 2017,penyelesaian urusan pembelian semula sebahagian RCCPS daripada Govco Holdings sebanyak RM300 juta(Hutang lagi RM1.2 billion) oleh DRB-Hicom dan juga penerimaan RM1.1 billion geran yang dijanjikan oleh kerajaan kepada Proton pada May 2017. *nice timing ;)
.
19. Jika dicampur keseluruhan bantuan kewangan yang merangkumi pinjaman mudah dan geran seperti geran pemulangan kerja penyelidikan yang telah kerajaan salurkan kepada Proton sejak 1984 hingga 2017 ianya adalah berjumlah RM15.3 bilion.

Sekian.
.
.
.
p/s:

Funfacts: Katakanlah, katakanlah ya kerajaan melalui Govco subscribe semua baki RCCPS dan selagi Proton-Geely belum bayar balik RCCPS yang berbaki RM1.2 Billion tersebut, sebenarnya pegangan 'on paper', Proton adalah:

- Kerajaan Malaysia melalui Govco Holdings: 46.23%(RM 1.2 Biion RCCPS)
- DRB-Hicom selepas membeli smula sebahagian dari RCCPS(+RM300juta) : 32.70 %
- Geely: 21.07%

So kita nak buat ke tak kereta nasional baru ni?

p/s/s: takpayah nak buat-buat terkejut sangatlah.#malaysiamemilih
.
.
.
Rujukan:

http://www.atimes.com/atimes/Southeast_Asia/EH26Ae01.html

23Wain, B. (2009). Malaysian Maverick: Mahathir Mohammad in Turbulent Times. Palgrave Macmillan.

Jomo K. S (1994). Japan and Malaysian Development: In the Shadow of the Rising Sun >>page:270

Terpstra Tong, Jane & H. Terpstra, Robert & Lim, Ngat-Chin. (2013). Proton: Its Rise, Fall, and Future Prospects. Asian Case Research Journal. 16. 10.1142/S0218927512500150. >>
https://www.researchgate.net/…/263907043_Proton_Its_Rise_Fa…

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp…

https://www.thestar.com.my/…/mitsubishi-sells-entire-79-st…/

http://pmr.penerangan.gov.my/…/12019-17-jan-drb-hicom-beli-…

http://paultan.org/…/proton-requesting-rm1-7-billion-fundi…/

http://paultan.org/2014/03/05/proton-rm3-bil/

http://english.astroawani.com/…/proton-invested-over-rm18-b…

https://www.nst.com.my/…/govt-approves-rm15-billion-soft-lo…

http://paultan.org/…/kerajaan-sedang-bincang-kaedah-pengum…/

https://paultan.org/…/kerajaan-suntik-dana-sokongan-rm250j…/

http://www.theedgemarkets.com/…/govt-inject-rm125b-cash-pro…

https://paultan.org/…/kerajaan-suntik-dana-sokongan-rm250j…/

https://paultan.org/…/proton-to-receive-rm1-1-billion-as-r…/

http://www.theedgemarkets.com/…/drbhicom-buys-part-protons-…

https://www.thestar.com.my/…/drb-hicom-and-zhejiang-geely-…/

https://www.thestar.com.my/…/proton-unit-gets-rm1pt1b-rd-r…/

@Khairul Azri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ Maksudnya :"Tidak akan masuk syurga seseorang yang dalam hatinya ada sebesar zarah rasa takabbur" [Sahih Muslim : Book of Faith, 166]

MEMBAZIR AMALAN SYAITAN إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا Maksudnya:"Sesung...