Baca la utk faham lebih jelas pertuduhan keatas najib...
Criminal Breach of Trust Section 409
Saya cuma hendak memberi ulasan dari perspektif lain tentang pertuduhan yang dikenakan terhadap DS Najib iaitu Abuse of Power (Penyalahgunaan Kuasa) dan 3 pertuduhan Pecah Amanah (Criminal Breach Of Trust) dalam Isu Wang SRC yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau. Saya bukanlah pengamal undang-undang, saya cuma pengkaji. Tambah pula subject CBT adalah salah satu topik yang diperbincangkan dalam Forensic Accounting.
Najib dituduh sebagai penjawat awam/ejen CBT 409 (Penal Code 574) sebagai perdana menteri dan menteri kewangan, penasihat kepada SRC International Sdn Bhd. Dia diberi kepercayaan (entrusted) dalam mengawal dana SRC yang bernilai RM4 billion. Beliau dituduh menerima imbuhan/suapan RM42 juta untuk memberi jaminan kepada pinjaman RM4 billion dari KWAP (Kumpulan Wang Amanah Pencen) kepada SRC.
Untuk menuduh seseorang terlibat dalam jenayah pecah amanah (Criminal Breach of Trust), 2 beban pembuktian yang perlu ditunjuk:
1. Actus Reus (Perbuatan atau tingkah laku jenayah)
- Tertuduh diberi kepercayaan (entrustment) ke atas barangan/harta atau mempunyai kuasa (dominion) ke atas barangan/harta
- Tertuduh menyalahgunakan atau menukarkannya barangan/harta utk kegunaan sendiri
- Tertuduh menggunakan atau melupuskan barangan/harta dengan cara menyalahi sebarang undang-undang atau kontrak yang sah
- Tertuduh dengan sengaja menyebabkan kesengsaraan/kesusahan kepada pihak lain dalam perbuatan yang di atas
2. Mens Rea (Niat, motif atau keadan mental ketika melakukan jenayah)
- Tertuduh dengan sengaja menyebabkan kesusahan kepada kepada pihak lain ketika melakukan perbuatan tersebut
- Mempunyai niat yang tidak jujur (dishonest intention)
- Element ini kadang2 tidak diperlukan dalam beban pembuktian.
Elemen Kesalahan yang mesti wujud:
1. Tujuan penyalahgunaan untuk kepentingan dan kegunaan diri sendiri
2. Harta/barangan/wang kepunyaan pihak lain
3. Walaupun tempoh salahguna itu adalah sementara/tempoh pendek - guna sekejap kemudian dipulangkan semula, ia tetap dianggap adalah jenayah CBT.
Apa maksud Kepercayaan (Entrustment)? Ia membawa maksud pemindahan pemilikan/penguasaan terhadap harta/barangan/wang kepada pihak lain dengan tujuan tertentu tetapi pemilikan mutlak masih kekal dengan pemilik asal. Orang yang menerima pemilikan/penguasaan itu diberi kepercayaan sebagai Trustee (Orang yang dipercayai) mempunyai kawalan terhadap harta/barangan tersebut, Trustee terikat untuk membuat sebarang urusan dengan barangan/harta tersebut, sebarang urusan mesti memberi manfaat kepada pihak yang mendapat manfaat (beneficiaries). Objek kepercayaan itu tidak relevan walaupun kepercayaan dibuat secara sukarela atau percuma, apa yang penting ialah wujud perhubungan kepercayaan (Trust Relationship).
Penguasaan (Dominion) terhadap barangan/harta tersebut:
- terdapat elemen ketidakjelasan pemilik harta/barangan dgn pemilik asal
- Lacks possession of the property
- mempunyai tahap pengawalan yang cukup terhadap harta/barangan
- bertanggungjawab terhadap harta tersebut dalam operasi harian.
Dalam kes SRC, timbul beberapa persoalan dan kena kaitkan kembali dengan element dan ingredient CBT:
1. Adakah Akaun Bank SRC di bawah pengawalan DS Najib? atau DS Najib diberi kepercayaan untuk mengeluarkan duit tersebut?
2. Adakah DS Najib adalah salah seorang authorized person untuk mengarahkan pengeluaran wang SRC ke akaun beliau?
3. Adakah beliau bertindak sebagai Trustee kepada SRC?
4. Adakah Jawatan beliau sebagai PM atau MOF atau Advisor Emeritus mempunyai pengaruh dalam pengeluaran wang?
5. Untuk tujuan apakah wang itu dikeluarkan? Apakah utk manfaat DS Najib? Money trail dan bukti mesti menunjukkan wang ini digunakan utk kepentingan Ds Najib.
6. Adakah di sana terdapat SOP atau MOA dalam SRC yang menyebut had kuasa PM atau Menteri kewangan atau penasihat terhadap pengawalan kewangan syarikat?
7. Apa SOP pengeluaran wang SRC? Adakah ia dilakukan mengikut SOP syarikat? Adakah segala transaksi didokumenkan atau tidak?
8. Berapa kerap penglibatan DS Najib dalam operasi harian SRC?
9. adakah tandatangan beliau atau proksi beliau terbukti dalam pengeluaran wang SRC?
10. Siapa selain ds najib yang berkuasa dalam pengeluaran wang? Apa hubungan dia dgn ds najib? Adakah terdapat elemen tekanan pihak tersebut dalam menjalankan tugas di SRC?
11. Dan akhirnya, pinjaman kwap kepada src mendapat jaminan dari DS Najib atas kapasiti pm/mof. Adakah pinjaman src ini sudah dibayar balik kepada kwap?
Pihak pendakwaan mesti membukti dari segi physical evident, oral evident, saksi dsb. Contohnya SOP syarikat, MoA, M&A form etc.
Saksikanlah drama perdebatan pembela versus pendakwa pada tahun 2019 nanti.
Mesti ada kekurangan dalam tulisan di atas sebab ia adalah tulisan spontan tanpa ada proof read. harap dibetulkan.
Credit to abg Zayed
Rahman fb.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan