"Mana-mana golongan miskin yang berdaftar dengan sistem e-Kasih, akaunnya akan diselaraskan dengan SADA. Yang mana berpendapatan tinggi, tak payahlah bagi air percuma ini," katanya.





🔰TANGGUNG RM18 JUTA SETAHUN🔰

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Kedah Kaji Semula Pengecualian 20 meter Padu Caj Air (RM10) ke Bawah

ALOR SETAR - Kerajaan negeri sedang mengkaji semula mekanisme pengecualian caj bekalan air kepada pengguna domestik di Kedah iaitu sesuatu yang kini dinikmati oleh lebih 220,000 akaun pengguna hasil pemberian kerajaan terdahulu.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, kajian itu dilakukan bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar layak dapat menikmati insentif tersebut.

"Jumlah 220,000 akaun itu merupakan separuh daripada akaun pengguna di negeri ini. Bukan sebanyak itu yang sepatutnya menerima bantuan tersebut kerana ramai antaranya bukan dari kalangan berpendapatan rendah dan susah.
                                    


"Ada yang dah pencen, mungkin dua orang saja duduk di rumah maka tentunya penggunaan air tak begitu banyak walhal pendapatan mereka tinggi. Jadi orang berpendapatan tinggi pun dapat manfaat daripada pemberian itu sedangkan kita nak pastikan apa jua bantuan kepada keluarga susah menepati sasaran," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman, di sini semalam.

Bermula Januari lalu, pengguna yang menggunakan air sebanyak 20 meter padu atau RM10 ke bawah tidak perlu membuat pembayaran dengan kerajaan negeri menanggung kos melibatkan anggaran pembayaran kepada Syarikat Air Darul Aman (SADA) kira-kira RM1.5 juta sebulan atau RM18 juta setahun.

Perkara itu merupakan antara yang termaktub dalam Bajet 2018 dibentangkan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah pada 12 November tahun lalu.

Mengulas lanjut katanya, tindakan untuk menampung caj tersebut menjadi bebanan kepada kerajaan negeri ketika Kedah diketahui umum bukanlah sebuah negeri yang mempunyai pendapatan tinggi.

"Tindakan itu belum betul-betul menepati sasaran dan kami akan laksanakan perkara ini secepat mungkin. Antara kaedah yang sedang dipertimbangkan adalah menggunakan senarai e-Kasih.
                                      

"Mana-mana golongan miskin yang berdaftar dengan sistem e-Kasih, akaunnya akan diselaraskan dengan SADA. Yang mana berpendapatan tinggi, tak payahlah bagi air percuma ini," katanya.

Sementara itu katanya, Pakatan Harapan yang kini menguasai pemerintahan negeri tetap menolak cadangan dari PAS untuk melantik speaker dari kalangan parti itu.

"Memang mereka ada kemukakan nama tetapi kami tolak sebab kalau diterima, undi pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) akan melebihi kami di pihak kerajaan dengan satu undi dan itu sudah tentu sesuatu yang pelik.

"Perbincangan masih berjalan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri Pembangkang di mana reaksi setakat ini baik dan saya yakin isu ini akan selesai secepat mungkin. Cumanya kalau terpaksa juga diadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) kami sentiasa bersedia dan akan memastikan kemenangan lebih besar buat Pakatan Harapan," katanya
                                         


Hawk fb.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ Maksudnya :"Tidak akan masuk syurga seseorang yang dalam hatinya ada sebesar zarah rasa takabbur" [Sahih Muslim : Book of Faith, 166]

MEMBAZIR AMALAN SYAITAN إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا Maksudnya:"Sesung...