"Mana-mana golongan miskin yang berdaftar dengan sistem e-Kasih, akaunnya akan diselaraskan dengan SADA. Yang mana berpendapatan tinggi, tak payahlah bagi air percuma ini," katanya.





🔰TANGGUNG RM18 JUTA SETAHUN🔰

Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Kedah Kaji Semula Pengecualian 20 meter Padu Caj Air (RM10) ke Bawah

ALOR SETAR - Kerajaan negeri sedang mengkaji semula mekanisme pengecualian caj bekalan air kepada pengguna domestik di Kedah iaitu sesuatu yang kini dinikmati oleh lebih 220,000 akaun pengguna hasil pemberian kerajaan terdahulu.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, kajian itu dilakukan bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar layak dapat menikmati insentif tersebut.

"Jumlah 220,000 akaun itu merupakan separuh daripada akaun pengguna di negeri ini. Bukan sebanyak itu yang sepatutnya menerima bantuan tersebut kerana ramai antaranya bukan dari kalangan berpendapatan rendah dan susah.
                                    


"Ada yang dah pencen, mungkin dua orang saja duduk di rumah maka tentunya penggunaan air tak begitu banyak walhal pendapatan mereka tinggi. Jadi orang berpendapatan tinggi pun dapat manfaat daripada pemberian itu sedangkan kita nak pastikan apa jua bantuan kepada keluarga susah menepati sasaran," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman, di sini semalam.

Bermula Januari lalu, pengguna yang menggunakan air sebanyak 20 meter padu atau RM10 ke bawah tidak perlu membuat pembayaran dengan kerajaan negeri menanggung kos melibatkan anggaran pembayaran kepada Syarikat Air Darul Aman (SADA) kira-kira RM1.5 juta sebulan atau RM18 juta setahun.

Perkara itu merupakan antara yang termaktub dalam Bajet 2018 dibentangkan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah pada 12 November tahun lalu.

Mengulas lanjut katanya, tindakan untuk menampung caj tersebut menjadi bebanan kepada kerajaan negeri ketika Kedah diketahui umum bukanlah sebuah negeri yang mempunyai pendapatan tinggi.

"Tindakan itu belum betul-betul menepati sasaran dan kami akan laksanakan perkara ini secepat mungkin. Antara kaedah yang sedang dipertimbangkan adalah menggunakan senarai e-Kasih.
                                      

"Mana-mana golongan miskin yang berdaftar dengan sistem e-Kasih, akaunnya akan diselaraskan dengan SADA. Yang mana berpendapatan tinggi, tak payahlah bagi air percuma ini," katanya.

Sementara itu katanya, Pakatan Harapan yang kini menguasai pemerintahan negeri tetap menolak cadangan dari PAS untuk melantik speaker dari kalangan parti itu.

"Memang mereka ada kemukakan nama tetapi kami tolak sebab kalau diterima, undi pembangkang di Dewan Undangan Negeri (DUN) akan melebihi kami di pihak kerajaan dengan satu undi dan itu sudah tentu sesuatu yang pelik.

"Perbincangan masih berjalan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri Pembangkang di mana reaksi setakat ini baik dan saya yakin isu ini akan selesai secepat mungkin. Cumanya kalau terpaksa juga diadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) kami sentiasa bersedia dan akan memastikan kemenangan lebih besar buat Pakatan Harapan," katanya
                                         


Hawk fb.com

KENAPA NAJIB NAK SANGAT BUAT ECRL

 KENAPA NAJIB NAK SANGAT BUAT ECRL

1.Soft loan dari China adalah kadar faedah 3.25%.

2.Projek ECRL dijangka mengambil masa 7 tahun.



3.Kerajaan tidak perlu bayar apa-apa selama 7 tahun ini. Projek siap, baru start bayar. Saya ulang!!! Kerajaan tidak perlu bayar apa-apa selama 7 tahun ini. Projek siap, baru start bayar. Masa tu, negara sudah boleh menjana pendapatan dari projek ini.

4.Pertumbuhan KDNK utk pantai timur dijangka meningkat 1.5% setiap tahun

5.Kos pengangkutan pula kurang 50%. Manfaat untuk rakyat.

6.Projek ini bakal menyediakan puluh ribu peluang pekerjaan untuk rakyat. Nak saya ulang lagi..Projekni bakal menyediakn puluhan ribu peluang pekerjaan untuk rakyat

.
Saya nak tanya awak2 semua. Tun Buat pinjaman dgn Jepun untuk bayar hutang. Apa manfaat untuk rakyat dan negara?

Saya ni mmg la surirumahje. Tp kenala belajar mngikut fakta jangan dok asyik dengar makcik2 bawang jaja cerita tanpa fakta.

 
Sekurang2 nya, saya tahu konsep berhutang tapi pada masa yg sama jana pendapatan. Ini kita panggil pelaburan.

Bukan buat hutang, untuk bayar hutang. Tak mampu bayar, buat hutang lagi. Sampai cicit awak2 semua hutang yg Tun M buat ni takkan habis bayar.

Tengokla sapa yg Bijak N or M??

Sapa yg lebih prihatin kebajikan rakyat
 

Pekan Pahang fb.com

Menurut Syeikh al-Mufassir Muhammad Ali Shabuni hafizahullah: Para ulama mentakwilkan ayat ini dengan mengatakan bahawa kebiasaannya lelaki dan perempuan penzina tidak akan berkenan untuk mengahwini lelaki yang soleh atau wanita yang solehah. Mereka tentu lebih menggemari lelaki dan wanita yang seumpama dengan mereka.

Baru-baru ini ana(Ukhti alFaqihah) ada dapat mesej tentang hukum berzina kemudian kahwin..

Tapi ana musykil, betul ke hukumnya memang haram??..ana sertakan sekali mesej yang ana dpt..harap ustaz boleh tolong jelaskan ..syukran..

Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5.

Perkahwinan seumpama ini pada zaman sekarang, memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak mengandung luar nikah, maka cepat- cepat dikahwinkan.

Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila... .



Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama ustaz di sini kerana ianya amat penting:

Soalan 1 : Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum berkahwin didapati hamil anak luar nikah?

Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 2 : Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini gadis itu, bolehkah mereka bernikah?

Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 3 : Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?

Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakana ayah kepada bayi yang dikandung itu.

Soalan 4 : Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk memperbetulkan keadaan?

Jawapan 4 : Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung, barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.



Soalan 5 : Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?

Jawapan 5 : Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu tidak sah

Soalan 6 : Apakah hak seorang anak luar nikah?

Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.

Soalan 7 : Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak perempuannya sendiri?

Jawapan 7 : Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.

Soalan 8 : Sekiranya seorang lelaki Muslim Dan seorang wanita Muslim (atau bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah tindakan yang sewajarnya?

Jawapan 8 : Mereka mesti tinggal berasingan segera Dan menunggu sehingga perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.



 


Soalan 9 : Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini,apakah saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi kain sendiri?

jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang tidak sah taraf.

Kesimpulannya: Ibubapa, saudaramara, orang-orang kampung, tuan-tuan Imam, tuan-tuan Kadi dan saksi-saksi yang tahu akan keadaan tersebut tetapi mendiamkan, membiarkan atau membenarkan pernikahan tersebut diteruskan maka mereka juga tidak terlepas daripada menanggung azab Dan seksaan samada didunia atau pun diakhirat... .tamat

Saya Menulis ....

Persoalan sebegini memang sering kali ditanyakan kepada para Ustaz, Tuan Guru dan Alim Ulama. Ini bermakna memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa zaman sekarang adalah zaman yang terlalu banyak fitnah. Terima kasih kepada Saudari alFaqihah yang mengajukan soalan ini kepada saya. Sengaja saya paparkan persoalan tersebut kerana ianya menarik untuk di baca oleh semua. Terima kasih sekali lagi kepada Saudari alFaqihah kerana menyediakan soalan berbentuk begini. Padat dan menarik untuk diperhatikan.

Saya tidaklah ingin memberikan komen berkenaan jawapan Imam tersebut. Cuma saya akan memberikan jawapan yang saya petik daripada kitab-kitab rujukan para ulama sebagai maklum balas kepada jawapan yang diberikan tersebut. Para pembaca akan menilai sendiri jawapannya. Saya memohon kepada Allah taala agar dipermudahkan bagi saya untuk menyusun jawapan yang terbaik buat tatapan semua.

Sepakat para ulama Hanafiyah, Malikiyah, Syafieyah dan Hanabilah mengatakan bahawa dihalalkan bagi penzina lelaki berkahwin dengan penzina wanita (yang dia berzina dengannya). Ini bermaksud dibenarkan kepada si penzina lelaki untuk berkahwin dengan si penzina wanita walaupun di dalam keadaan wanita tersebut sedang hamil. Ini merupakan pendapat yang dipegang oleh Jumhur ulama.

Titik perselisihan dikalangan para ulama bukanlah pada permasalahan perkahwinan antara penzina lelaki dengan penzina wanita tersebut. Para ulama berselisih pendapat pada perkahwinan yang berlaku di antara penzina wanita dengan lelaki lain yang tidak berzina dengannya.

HUKUM PERKAHWINAN PENZINA WANITA DENGAN LELAKI YANG TIDAK BERZINA DENGANNYA

Kata Imam Hassan al-Basri : Perkara ini memfasakhkan nikah tersebut. Manakala Jumhur para ulama mengatakan bahawa harus bagi lelaki tersebut mengahwini wanita penzina itu.
Titik perselisihan tersebut berlaku berdasarkan pemahaman terhadap penafsiran ayat 3 di dalam surah al-Nur. Allah taala berfirman :

الزَّانِي لا يَنْكِحُ إلاَّ زَانِيَةً أَوْ مُشْرِكَةً وَالزَّانِيَةُ لا يَنْكِحُهَا إِلاَّ زَانٍ أَوْ مُشْرِكٌ وَحُرِّمَ ذَلِكَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ

Maksudnya: Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak akan berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.
Imam Hassan al-Basri rahimahullah memahami bahawa ayat ini menjadi dalil bahawa perkahwinan itu akan menjadi terfasakh kerana zahir ayat ini menunjukkan bahawa haram bagi golongan mukmin mengahwini wanita penzina.Manakala Jumhur para ulama pula memahami ayat ini bukanlah bermaksud haram tetapi sebaliknya suatu kejian dan sangat tidak layak bagi seorang mukmin mengahwini wanita penzina. Kejian tersebut bukanlah bermaksud tidak boleh dikahwini.

Menurut Syeikh al-Mufassir Muhammad Ali Shabuni hafizahullah: Para ulama mentakwilkan ayat ini dengan mengatakan bahawa kebiasaannya lelaki dan perempuan penzina tidak akan berkenan untuk mengahwini lelaki yang soleh atau wanita yang solehah. Mereka tentu lebih menggemari lelaki dan wanita yang seumpama dengan mereka.
                                          
Jumhur para ulama juga menggunakan dalil yang dikeluarkan oleh al-Imam Ibn Majah dan Imam al-Baihaqi daripada hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Ibn Umar dan Saidatina Aisyah radhiyallahu anhuma:

لا يحرم الحرام الحلال

Maksudnya: Perkara yang haram (zina) tidak akan mengharamkan perkara yang halal( nikah).

Hadis ini bermaksud, penzinaan tidaklah menghalang seseorang tersebut berkahwin dengan wanita yang berzina tersebut.

Para ulama berbeza pendapat sekiranya wanita yang ingin dikahwini tersebut mengandung. (Perlu diingat, perbahasan yang kita bahaskan sekarang bukanlah perkahwinan penzina lelaki dengan penzina wanita tetapi perkahwinan diantara penzina wanita dan lelaki yang suci daripada zina.).

Imam Abu Hanifah dan Imam Muhammad bin Hassan al-Syaibani rahimahumullah berpendapat jika wanita tersebut mengandung tetap sah aqad nikah lelaki tersebut dengannya.Tetapi dengan syarat lelaki tersebut tidak menyetubuhinya sehinggalah wanita tersebut melahirkan anak itu.

Manakala Imam Abu Yusuf dan Zufar ( Ulama Hanafiyah) berpendapat mengatakan bahawa diharamkan untuk berkahwin dalam keadaan wanita itu masih mengandung.

Para ulama Malikiyah pula berpendapat mengatakan bahawa tidak dibenarkan untuk mengahwini wanita penzina selagi wanita tersebut tidak suci daripada 3 kali haid.

Para ulama Hanabilah pula berpendapat , jika seoarang wanita berzina maka tidak dihalalkan kepada sesiapa yang mengetahuinya untuk mengahwininya melainkan setelah selesai dua perkara. Pertama, setelah selesai melahirkan kandungan tersebut. Kedua, setelah memastikan bahawa wanita tersebut telah bertaubat.

Manakala permasalahan nasab bagi anak zina, saya telah bahaskan pada masa yang lalu. Bagi sesiapa yang ingin merujuknya maka bolehlah melihat di [klik di sini].

KESIMPULAN

Setelah kita bahaskan dengan ringkas, maka jelaslah bahawa perkahwinan tersebut sah.Tiada masalah padanya. Saya berpandangan mungkin Imam tersebut bercampur permasalahan di antara perkahwinan penzina lelaki dengan penzina wanita dan permasalahan perkahwinan penzina wanita dengan lelaki yang suci. Ini memerlukan pengkajian yang teliti.Islam adalah agama yang mudah dan memberikan rahmat kepada umatnya.Sayugialah bagi seorang alim untuk mengkaji terlebih dahulu sebelum menjawab segala persoalan. Bimbang akan menyusahkan masyarakat. Wallahu a’lam.

Rujukan:
1. Fiqh al-Islami wa Adillatuhu oleh Syeikh Wahbah Zuhaili cetakan Darul Fikr Syria Jilid 9 mukasurat 6648-6650

2. Tafsir Ayat al-Ahkam oleh Syeikh Muhammad Ali al-Shabuni cetakan Darul Shabuni Jilid 2.

3. Fatawa Darul Ifta’ Misriyah jilid 8

4. Fatawa Syeikh Ali Jum’ah Jilid 1

Mohd Nazrul Abd Nasir,
Rumah Kedah,
Kaherah Mesir
Posted by Mohd Nazrul Abd Nasir at 10:06 PTG
Labels: Fiqh 


Nota Kaki: 
Point pentingnya bukan sah x sah nikah tu, point yg penting ialah jangan berzina. Kalau x sah nikah atau ragu2, pergilah ke Mahkamah Syari'ah Negeri n beritahu mereka, jika betul2 dah bertaubat. Jangan taubat n sah nikah kita ikut akal n nafsu kita je. Macam dah buat agreement ngan bank lah, dah bank commit, kita tunaikanlah tanggungjawab kita. Camtulah zina, dah berzina, maka laluilah kehidupan sebagai penzina. Lagipun, kalau perkahwinan penzina2 tu dibubar sapelah yg tiba2 nakkan sangat bini dia tu? Jadi jangan risau, jangan panik, ok?
                                                                 

Jangan malu, dalam sejarah Islam, ada seorang wanita yg melahirkan anak luar nikah setelah berzina di waktu Rasulullah saw masih hidup. Maka, setelah anaknya putus susu, wanita itu pun dihukum rejam, mafhum hadis Nabi, " Taubat wanita itu lebih baik dari taubat 40 orang di Madinah"

Begitu juga kisah seorang pencuri kain kafan yg merogol mayat, setelah bertaubat, n taubatnya diterima Allah swt, lalu disampaikan oleh Nabi saw kepada sahabat, nyawa lelaki itu diambil oleh Allah swt.

Ada hikmahNya, Allah swt berfirman, la taqrobuz zina, jangan hampiri zina, zina ni ibarat dadah, kita akan ketagih, jadi sama2lah kita jaga diri masing2 n keluarga masing2 dari syaitan n nafsu yg sentiasa mengajak kepada maksiat n kehinaan.

Baginda bersabda: Sesungguhnya Allah itu indah dan Dia menyenangi keindahan, (dan yang dimaksudkan dengan) kesombongan itu adalah menolak kebenaran dan melecehkan orang lain. (riwayat Imam Muslim)

Mengapa perlu sombong?
Kisah kebinasaan makhluk Allah sejak dahulu perlu dijadikan iktibar

Oleh HASHIM AHMAD

26 Mei 2015 3:18 PM

8
SOMBONG adalah penyakit yang sering menghinggapi kita semua, yang benih-benihnya terlalu kerap muncul tanpa kita sedari. Di tingkat terbawah, sombong adalah disebabkan oleh faktor kebendaan. Kita merasa lebih kaya, lebih rupawan dan lebih terhormat daripada orang lain.


Di tingkat kedua, sombong adalah disebabkan oleh faktor kecerdasan. Kita merasa lebih pintar, lebih cekap dan lebih berwawasan dibandingkan dengan orang lain.

Di tingkat ketiga, sombong adalah disebabkan oleh faktor kebaikan. Kita sering menganggap diri kita lebih bermoral, lebih pemurah dan lebih tulus dibandingkan dengan orang lain.


Yang menarik, semakin tinggi tingkat kesombongan, semakin sulit pula kita mengesannya. Sombong kerana kebendaan sangat mudah terlihat. Tetapi sombong kerana pengetahuan, apa lagi sombong kerana kebaikan, sukar dikesan kerana ia berbentuk benih-benih halus di dalam batin. Sesungguhnya sifat sombong telah banyak mencelakakan makhluk Allah SWT. Ia bermula dari peristiwa pengusiran iblis dari syurga kerana kesombongannya untuk tidak sujud kepada Nabi Adam as, tatkala diperintahkan oleh Allah SWT ke atasnya.

Keengganan ini adalah disebabkan iblis beranggapan dia jauh lebih mulia daripada Adam, beralasan faktor kejadian daripada tanah sedangkan dirinya (iblis) daripada api yang pada andaiannya lebih hebat. Justeru, sikap sombong iblis ini telah menyebabkan Allah SWT murka dan menghalaunya turun dari syurga. (rujuk al A’raf: 13)


Di samping itu, kerana kesombongan jugalah Allah SWT telah menenggelamkan Qarun berserta seluruh hartanya ke dalam perut bumi kerana keangkuhannya terhadap Allah SWT dan juga kepada sesama kaumnya.

Begitu juga Allah SWT telah menenggelamkan Firaun dan bala tenteranya di lautan kerana faktor kesombongan itu. Sikap sombong itu juga telah menyebabkan dia lupa diri dan dengan angkuh menyatakan dirinya lebih berhak untuk disembah dan diagungkan.

Kehancuran kaum Nabi Lut as juga kerana kesombongan mereka dengan menolak kebenaran yang disampaikan Lut agar mereka meninggalkan kebiasaan buruk mereka iaitu melakukan penyimpangan seksual sehingga tanpa disangka-sangka pada suatu pagi, Allah SWT membalikkan bumi yang mereka berlindung dan tiada satu pun di antara mereka yang dapat menyelamatkan diri daripada azab-Nya secara tiba-tiba.

Hakikatnya, masih banyak kisah yang dapat menyedarkan manusia daripada kesombongan dan keangkuhan, kalaulah mereka mahu mempergunakan hati nurani dan akalnya secara sihat.

Makhluk lemah

Manusia tidak boleh bersikap sombong kerana kita adalah makhluk yang lemah, seharusnya tidak seharusnya bermegah-megah dan sombong di hadapan Penguasa langit dan bumi.


Masih banyak manusia yang lupa hakikat dan jati dirinya sehingga membuat dia sombong dan angkuh untuk menerima kebenaran, merendahkan orang lain serta memandang dirinya sempurna segala-galanya.

Rasulullah SAW telah menjelaskan tentang bahayanya sifat sombong dan angkuh. Abdullah bin Mas’ud ra meriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda yang bermaksud: Tidak masuk syurga siapa sahaja yang di dalam hatinya ada sedikit kesombongan. Kemudian seseorang berkata: (Ya Rasulullah). Sesungguhnya seseorang itu senang pakaiannya bagus dan sandalnya bagus.

Baginda bersabda: Sesungguhnya Allah itu indah dan Dia menyenangi keindahan, (dan yang dimaksudkan dengan) kesombongan itu adalah menolak kebenaran dan melecehkan orang lain. (riwayat Imam Muslim)

Sesungguhnya, kebaikan yang kita lakukan pasti akan kembali kepada kita dalam bentuk persahabatan, cinta kasih, makna hidup, mahupun kepuasan batin yang mendalam. Jadi, setiap perbuatan baik kepada pihak lain, kita sebenarnya sedang berbuat baik kepada diri kita sendiri. Kalau begitu, mengapa perlu kita sombong?


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/mega/agama/mengapa-perlu-sombong-1.95992#ixzz5gce4ZoJL
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tanda2 Taubat diterima

7 TANDA TAUBAT DITERIMA
Taubat yang benar dan diterima Allah SWT itu ada tanda-tandanya yang dapat dilihat.
1- Selepas bertaubat, dia lebih baik daripada sebelumnya.
Firman Allah SWT: “Dan sesungguhnya Aku Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat, beriman, beramal soleh, kemudian tetap di jalan yang benar.” (Surah Taha, ayat 82).


2-Hatinya selalu dihiasi rasa takut kepada Allah SWT, tidak pernah berpisah dengan-Nya siang dan malam sehingga ia mendengar malaikat berbicara pada ketika mencabut nyawanya seperti firman
Allah SWT yang bermaksud: “Jangan kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih, dan bergembiralah kamu dengan memperoleh syurga yang dijanjikan Allah kepadamu.” (Surah Fussilat, ayat 30)
3-Selalu menyesal kepada Allah SWT, penyesalan yang datangnya dari lubuk hati, menghadap Allah SWT dengan rasa malu, takut dan hina.
4-Merasa dan menyedari buruknya perbuatan dosa dan bahayanya.
Bahayanya perbuatan dosa antaranya ialah menyempitkan hati, wajah menjadi suram, urusan menjadi sulit, malas beribadat, dibenci oleh ramai manusia, badan menjadi lemah, terbiasa melakukan perbuatan dosa, hilangnya rasa malu, berkurangnya nikmat hidup, hidup sengsara, mati su’ul khatimah dan mendapat seksa di akhirat.


5-Menjauhi dan meninggalkan kawan-kawan yang berperangai buruk kerana seseorang akan selalu mengikuti kebiasaan temannya. Allah SWT mengingatkan akibat berkawan dengan mereka.
Firman Allah SWT: “Dan Allah ingin menerima taubatmu, sedangkan orang yang mengikuti hawa nafsunya bermaksud supaya kamu berpaling sejauh-jauhnya (dari kebenaran).” (Surah an-Nisa’, ayat 27)
Justeru, berhati-hatilah dengan kawan-kawan yang berperangai buruk, berpalinglah dari mereka dan ikutilah selalu jalan orang soleh. Ibn Atha’illah berkata: “Janganlah kamu berteman dengan seseorang yang keadaannya tidak membuatmu terdorong untuk berbuat baik dan ucapannya tidak membimbingmu menuju Allah.”
Elak dosa kecil
6-Tidak menganggap remeh dosa-dosa kecil seperti melihat perempuan yang bukan mahram dan bersalaman dengannya. Bilal bin Sa’ad berkata: “Jangan kamu melihat kecilnya dosa yang kamu lakukan tetapi lihatlah pada besarnya yang kamu langgar perintah-Nya.”


7-Melenyapkan segala sesuatu yang menjadi sebab berlakunya maksiat seperti majalah lucah dan sebagainya.
Jika tanda-tanda itu ada dalam diri sahabat, InsyaAllah taubat sahabat diterima Allah SWT.
sumber:Pondok Pasir Tumbuh

Taubat Tidak Diterima, Mengapa?

Taubat Tidak Diterima, Mengapa? (1)


AIR mata tak terasa menetes tatkala sesali dosa yang telah dilakoni. Sesal di dalam dada, terus-menerus menekan hingga rasa ini menyeruak dan meluap menjadi pengutukan pada diri. Sejatinya, jiwa yang kotor penuh dengan dosa ini, tak hentinya menyesali. Taubat, taubat, dan taubat, solusinya.
Tatkala kita berbuat dosa, maka segeralah bertaubat. Jangan pernah lelah, atau kalah dengan nafsu. Ingat dosa, segeralah bertaubat. Jangan pernah malu tuk menolak ajakan dosa. Tolak saja dengan sekuat tenaga. Tapi, adakah taubat yang ditolak?
Nah hal ini, para ulama saling berbeda pendapat, apakah di antara berbagai macam dosa, ada dosa yang taubatnya tidak diterima ataukah taubat dari dosa apa pun diterima?
Ibnu Abbas berkata, “Taubat harus dilakukan untuk setiap dosa. Setiap dosa memungkinkan untuk dimintakan ampunan dengan bertaubat. Ada pula golongan yang mengatakan, bahwa taubat pembunuh tidak diterima,” (HR. Ahmad)
Bahkan Ibnu Abbas harus berdebat dengan rekan-rekannya, yang mengatakan, “Bukankah Allah telah befirman, ‘Dan, orang-orang yang tidak menyembah sesembahan yang lain beserta Allah dan tidak pula membunuh jiwa yang diharamkan Allah’ sampai, ‘kecuali orang-orang yang bertaubat, beriman dan mengerjakan amal shalih, maka kejahatan mereka diganti Allah dengan kebajikan?’ (QS Al-Furqan: 68-70).”
Ibnu Abbas menyanggah, “Ayat ini berkaitan dengan perbuatan di masa Jahiliyah. Pasalnya, ada beberapa orang musyrik yang dulu pernah melakukan tindak pembunuhan dan juga pernah berzina. Lalu mereka menemui Rasulullah SAW, seraya berkata, ‘Apa yang engkau serukan itu benar-benar bagus. Andaikan saja engkau memberitahukan kepada kami tentang suatu tebusan dari apa yang pernah kami lakukan.’ Maka turunlah ayat ini. Jadi, ayat ini berkenaan dengan diri mereka.
Sementara dalam surat An-Nisa’ telah disebutkan firman Allah, ‘Dan barangsiapa membunuh seorang Mukmin dengan sengaja, maka balasannya ialah Jahannam, ia kekal di dalamnya dan Allah murka kepadanya dan mengutukinya serta menyediakan adzab yang besar baginya. Jika seseorang mengetahui Islam dan syariatnya, lalu dia membunuh dengan sengaja, maka balasannya adalah Jahannam.”
Menurut Ibnu Abbas dan para ulama, karena membunuh orang Mukmin secara sengaja tidak bisa diterima dan tidak ada cara untuk meminta pembebasan darinya, apalagi mengembalikan nyawanya. Taubat dari hak manusia tidak dianggap sah kecuali dengan salah satu dari dua cara ini. Sementara keduanya tidak bisa lagi dilakukan oleh pembunuh. Berbeda dengan harta, yang sekalipun pemiliknya sudah meninggal dunia, maka orang yang merampasnya masih bisa menyampaikan manfaat harta itu kepada pemiliknya yang sudah meninggal, dengan cara menshadaqahkannya.
Mereka juga berkata, “Kami tidak menolak pendapat bahwa syirik itu lebih besar dosanya daripada tindak pembunuhan, dan taubat dari syirik itu masih bisa dilakukan. Tapi taubat dari syirik ini berkait dengan hak Allah, dan memohon ampunan dari-Nya masih memungkinkan. Tapi kaitannya dengan hak manusia, maka taubatnya tergantung pada pengembalian hak itu atau meminta pembebasan darinya.
Jumhur ulama yang berpendapat bahwa taubat dari dosa apa pun bisa diterima, berhujjah dengan firman Allah, Dan, sesungguhnya Aku Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat, beriman, beramal shalih kemudian tetap di jalan yang benar,” (QS. Thaha: 82).
Jika pembunuh itu bertaubat, beriman dan beramal shalih, maka Allah akan mengampuni dosanya. Juga telah disebutkan dalam hadits shahih dari Nabi SAW, tentang orang yang pernah membunuh seratus orang kemudian bertaubat, dan ternyata taubatnya itu diterima. Ada beberapa hadits lain yang menyatakan hal yang sama.
Tentang surat An-Nisa’: 93, bahwa orang yang membunuh orang Mukmin secara sengaja, maka balasannya adalah neraka Jahannam, banyak nash lain yang senada dan yang di dalamnya disebutkan ancaman seperti itu, seperti firman-Nya, “Dan, barangsiapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya, dan melanggar ketentuan-ketentuan-Nya, niscaya Allah memasukkan-Nya ke dalam api neraka, sedang ia kekal didalamnya, dan baginya siksa yang menghinakan,” (An-Nisa’: 14).
Nabi SAW bersabda, “Barangsiapa membunuh dirinya sendiri dengan sepotong besi, maka besi itu akan menghunjam dirinya, dia kekal dan dikekalkan di neraka Jahannam.”
Referensi: E-book Madarijus Salikin (Pendakian Menuju Allah)/Ibnu Qayyim Al-Jauziyah/Pustaka Al-Kautsar/1999

لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ Maksudnya :"Tidak akan masuk syurga seseorang yang dalam hatinya ada sebesar zarah rasa takabbur" [Sahih Muslim : Book of Faith, 166]

MEMBAZIR AMALAN SYAITAN إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا Maksudnya:"Sesung...