Alasan PH Kurangkan Bajet Kesihatan Rakyat!
|Catatan Mohd Fadzil
Genap 30 hari Pemerintahan Pakatan Hipokrit! Menteri Kesihatan telah mengumumkan untuk hadkan pengambilan Doktor dan Jururawat dengan alasan bagi mengelak lambakan di pasaran.
Pelik! Sebab pada Zaman Dato’Sri Najib Razak pernah berkata “Malaysia masih berdepan masalah ke¬ku¬rangan jururawat, sekali gus menyebabkan sasaran nisbah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu seorang jururawat bagi 200 penduduk masih belum tercapai”.
Dalam rangka manifesto PRU14 Dato’Sri Najib berikrar untuk menambah peruntukan dari segi pembangunan sahaja RM1.84 bilion berbanding RM1.3 bilion (2017).
Ini adalah jumlah yang sangat banyak pada pandangan Pakatan Harapan iaitu melibatkan jumlah seseluruhan adalah RM27 bilion yang telah diluluskan tanpa pindaan, Iaitu:
1. Membina 3 buah hospital baru dan menaiktaraf 5 buah hospital dan 5 buah klinik 1Malaysia baru.
2. RM50 juta bantuan haemodialisis
3. Subsidi RM100 daripada keseluruhan kos RM110 setiap sesi rawatan haemodialisis, pesakit berdaftar hanya bayar rm10
Manakala yang lain antaranya melibatkan
4. RM140 Juta Biaya Perubatan Veteran ATM
5. Mewujudkan 11 Pusat Jantung Baru iaitu 9 telah siap dan 1 dalam pembinaan.
6. Mewujudkan 19 buah pusat Perkhidmatan Hemodialisis
7. Mewujudkan 7 Pusat Kanser
8. Mewujudkan lebih banyak HOME help iaitu perkhidmatan sokongan sosial kepada warga emas dan OKU menjalani kehidupan seharian.
9. Mewujudkan lebih banyak Anjung Kasih iaitu penginapan sementara khususnya untuk ahli keluarga yang kurang berkemampuan bagi mengiringi pesakit yang sedang menerima rawatan di hospital-hospital kerajaan. Yang bakal manfaat 86,503 orang
10. Membina 6 Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) daripada 31 yang telah siap dan memanfaatkan 10,834 warga emas.
11. RM2.5 bilion bekalan ubat-ubatan
Semua ini memerlukan khidmat tambahan jumlah Doktor dan jururawat sebagai memenuhi keperluan khidmat kesihatan yang terbaik untuk rakyat!
Sudahlah banyak projek kerajaan BN digantung dan dibatalkan, apabila Kerajaan Baru mengambil alih kuasa! Inikah sebenarnya alasan kurangkan jumlah Doktor dan Jururawat?
Tetapi apakah rakyat bersetuju dengan kenyataan Menteri Kesihatan PH yang Malaysia sedang mempunyai lambakan juruwat sedangkan ketika ini jumlah sedia ada hanya 89,000 jururawat manakala sektor swasta pula terdapat 38,000 jururawat.
Iaitu menjadikan jumlah keseluruhan 127,000 jururawat kepada 31 juta rakyat Malaysia? Bagi 900,000 pesakit di hospital kerajaan dan 13,000 pesakit di hospital swasta!
Kalau kita buat pengiraan dari segi nisbah seorang jururawat berkhidmat untuk 297 penduduk sehari?
Huh cuba fikir sekejap? Ini belum termasuk projek-projek baru yang dirancang Dato’ Sri Najib!
Apa! Menteri PH fikir jumlah pesakit akan berkurangan ketika jumlah penduduk Malaysia meningkat?
Ini belum masuk bab kesihatan ini membabitkan menambaik peralatan kesihatan tercanggih dan terkini, peruntukan klinik desa, klinik bersalin, klinik bergerak malah klinik khas bagi penyakit kawalan khas seperti batuk kering, HIV, penagih dadah dan klinik kemanusian di bawah WHO.
Nampak sangat PH sedang mencari helah untuk potong apa sahaja bajet Prihatin Dato Sri Najib, kerana agenda PH bukan untuk memberi khidmat terbaik kepada rakyat! Sebaliknya lebih bermotifkan rampasan kuasa dan membalas jasa-jasa kroni yang melabur dalam PRU14, itu yang paling di utamakan.
Yang paling sedih 80% jurawat ini terdiri daripada melayu dan bumiputera!
Sudahlah Manifesto PH nak bagi RM500 setahun kepada pesakit didiamkan sahaja, sekarang nak kurangkan lagi bajet sedia ada pulak?
Cukup-cukuplah Menteri Kesihatan Pakatan Hipokrit Dr Dzulkefly Ahmad menipu rakyat.
Kalau Pakatan Harapan tak boleh lakukan kerana alasan Manipulasi Malaysia Muflis, baik serahkan kembali jawatan PM kepada Dato Sri Najib, kerana beliau selama 9 tahun menjadi PM sentiasa menaiktaraf khidmat kesihatan 99% percuma!
Selama 9 tahun negara dikatakan Muflis di bawah Dato Sri Najib boleh laksana 99.7% manifesto PRU13 sedangkan Manifesto PH yang sudah 30 hari memerintah masih 0% malah boleh dikatakan -99.7%!
Bukan seperti Mahathir dan Guan Eng sampai dana kesihatan yang telah diluluskan pun hendak dipotong! Untuk Apa! Untuk agenda terselindung?
|| Mohd Fadzil
Kelab Che Jib fb.com
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ Maksudnya :"Tidak akan masuk syurga seseorang yang dalam hatinya ada sebesar zarah rasa takabbur" [Sahih Muslim : Book of Faith, 166]
MEMBAZIR AMALAN SYAITAN إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا Maksudnya:"Sesung...
-
REPUBLIKA.CO.ID, Assalamualaikum wr wb Saya sedih dengan merebaknya kasus hamil di luar nikah di masyarakat saya tinggal saat ini. Sepert...
-
Mengapa perlu sombong? Kisah kebinasaan makhluk Allah sejak dahulu perlu dijadikan iktibar Oleh HASHIM AHMAD 26 Mei 2015 3:18 PM 8 S...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan