Khalifah Al-Ma'mun bin
Harun al-Rashid ketika beliau masih kecil, beliau sering dipukul oleh gurunya
dengan tongkat tanpa sebarang sebab dan setiap kali beliau bertanya apa
salahnya, gurunya menjawab: "diam", tanpa memberi sebarang sebab.
Setelah berlalu dua puluh tahun, beliau kemudiannya dilantik sebagai khalifah.
Perkara pertama yang beliau lakukan ialah memanggil gurunya dahulu dan
bertanyakan apakah sebabnya ketika beliau kecil dahulu beliau sering dipukul.
Maka gurunya bertanya: "kau masih belum lupa?" Khalifah al-Ma'mun
berkata: "Demi Allah! aku masih ingat". Jawab gurunya sambil
tersenyum: "aku lakukan itu semua agar engkau ingat bahawa orang yang
dizalimi tidak akan lupa dia pernah dizalimi. Oleh itu jangan kamu berlaku
zalim kepada sesiapapun kerana kezaliman itu ibarat api yang tidak akan
terpadam dalam hati orang yang dizalimi walau bertahun-tahun masa
berlalu".
Nik Roskiman fb.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan