Taubat menurut Islam
Daripada Wikipedia,
ensiklopedia bebas.
Taubat adalah kembali
taat kepada Allah s.w.t dan menyesal dengan bersungguh-sungguh terhadap dosa
yang telah dilakukan sama ada dosa besar mahupun dosa kecil serta memohon
keampunan dari Allah. Setiap individu disuruh bertaubat untuk menyucikan diri
dari dosa besar dan kecil, sama ada dilakukan dengan sengaja mahupun tidak.
Hukum bertaubat adalah
wajib sama ada dosa kepada Allah s.w.t mahupun dosa sesama manusia. Jika dosa
itu berkaitan dngan manusia, hendaklah meminta maaf daripada manusia terbabit.
Sekiranya dosa berkaitan dengan harta benda, hendaklah dikembalikan harta
tersebut kepada tuannya. Bertaubat kepada Allah hendaklah dilakukan dengan
bersungguh-sungguh dan hati yang ikhlas kerana taubat yang tiada keikhlasan
tidak mendatangkan apa-apa kesan terhadap individu terbabit. Taubat yang
terbaik adalah taubat yang penuh penyesalan, keinsafan dan rasa rendah diri
kepada Allah s.w.t. Di dalam Islam, digariskan cara-cara memohon keampunan dan
rahmat Allah s.w.t :
Menyesal, menginsafi & berazam tidak akan
mengulangi dosa yang telah dilakukannya
Beristighfar memohon keampunan Allah s.w.t
Beramal kebajikan
Mensyukuri nikmat Allah s.w.t.
Berdoa memohon kesejahteraan hidup di dunia
& hari Akhirat
Sebab-sebab Allah
menerima taubat
Allah s.w.t Maha Pengampun lagi Maha
Mengasihani
Supaya hamba-Nya bersih daripada dosa dan
memperoleh kebahagian di syurga kelak
Supaya seseorang itu melakukan kebaikan dan
mencegah dari kejahatan
Orang yang bertaubat akan benci akan
dosa-dosa lampaunya
Orang yang bertaubat tidak akan mengulangi
dosa-dosa lampaunya
Hanya Allah s.w.t sahaja yang berhak
mengampuni dosa hamba-Nya.
Tujuan taubat
Mempeliharakan diri yang suci dari dosa
terutama pada hari perhitungan di akhirat kelak
Ibadat yang dilakukan diterima Allah s.w.t.
Dapat mengerjakan ibadat dengan sempurna
Mendapat balasan yang baik pada hari
akhirat
Mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah
s.w.t.
Jiwa dan perasaan tenang
Ayat berkaitan taubat
Surah At-Taubah
“Dan Dialah (Allah) yang menerima taubat
daripada hamba-Nya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang
telah mereka lakukan). Dan Dia mengetahui apa yang kamu semua kerjakan.” Surah
as-Syura : 25
"Sesungguhnya Allah s.w.t suka kepada
orang-orang yang bertaubat dan menjaga kebersihan." Surah al-Baqarah : 222
Tiada ulasan:
Catat Ulasan