Solat Tahajjud

"..............dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah ’sembahyang tahajud’ padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat Yang Terpuji. (Surah al-Israk : 79 )

Sesungguhnya solat malam mempunyai pelbagai kelebihan. Diantaranya, Saidina Umar al-Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata: “Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat.

Kurniaan di dunia ialah:-Jauh daripada segala penyakit, Lahir kesan taqwa pada wajahnya, Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia, Percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan) serta Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)

Sementara empat perkara di akhirat ialah:- Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri, Dipermudahkan hisab, Cepat melalui sirat al-Mustaqim seperti kilat dan Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.”

Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah kamu bersolat malam. Sesungguhnya ia amalan orang soleh sebelum kamu, amalan yang mendekatkan kepada Tuhanmu, penghapus kesalahan dan pencegah daripada dosa. (riwayat Muslim)

Solat Tahajjud ialah solat apabila terjaga daripada tidur malam. Sebaik-baiknya 1/3 malam yang terakhir iaitu dalam lingkungan jam 3 @ 4 pagi.

Di antara fadhilatnya :

1. Mendapat pengawasan Allah dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya.
2. Dikasihi oleh para ahli ibadah dan org mukmin.
3. Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana.
4. Dimudahkan hisab ke atasnya.
5. Mendapat catatan amal dari tangan kanan.

Jumlah rakaat sekurang-kurangnya 2 rakaat.



BERIKUT ADALAH ANTARA KEBAIKAN TERAPI TAHAJJUD MELALUI SATU KAJIAN SAINS

Solat tahajjud ternyata tidak hanya membuat seseorang yang melakukannya mendapat tempat (maqam) terpuji disisi Allah tapi juga sangat penting bagi dunia perubatan dan kedoktoran.

Menurut hasil penelitian Dr. Mohammad Soleh, Pensyarah IAIN Surabaya, solat sunat tahajjud dapat membebaskan seseorang daripada serangan kanser.

Tidak percaya? “Cubalah anda rajin-rajin solat tahajjud. Jika anda melakukannya secara rutin, benar, khusyuk, dan ikhlas nescaya anda terbebas daripada infeksi dan kanser”, ucap Prof Soleh. Ayah kepada dua orang anak itu bukan “tukang ubat” jalanan.

Dia melontarkan pernyataannya itu dalam kertas kajiannya yang bejudul “Pengaruh Solat Tahajjud terhadap Peningkatan Perubahan Respon Ketahanan tubuh Imonologi”. Melalui hasil kajiannya itu, Prof Soleh berhasil meraih gelar doktor dalam bidang ilmu kedoktoran pada Program Pasca Sarjana Universitas Surabaya, yang dipegangnya.

Selama ini, menurut Prof Soleh, tahajjud di nilai hanya merupakan ibadah solat tambahan atau solat sunnah. Padahal jika dilakukan dengan khusyuk dan ikhlas, secara medikalnya solat itu menumbuhkan respons ketahanan tubuh (imonologi) khususnya pada imonoglobin M,G,A dan limposit-nya yang berupa persepsi dan motivasi positif, serta dapat meningkatkan kemampuan individu untuk menangg-ulang masalah yang dihadapi.

Solat tahajjud yang dimaksudkan Prof Soleh bukan sekadar menggugurkan status solat yang muakkadah (Sunnah mendekati wajid). Ia menitikberatkan juga kekerapan solat, ketetapan gerakan, kekhusyukkan, dan keikhlasan.

Selama ini kata dia, ulama melihat masalah ikhlas ini sebagai persoalan mental dan penjiwaan. Namun sebetulnya soal ini dapat di buktikan dengan teknologi kedoktoran. Ikhlas yang selama ini di pandang sebagai misteri, dapat dibuktikan secara kuantitatif melalui pengukuran tahap hormon kortisol. Parameternya dapat di ukur dengan keadaan tubuh, terang Prof Soleh.

Pada keadaan normal, jumlah hormon kortisol pada pagi hari normalnya adalah antara 38-690 nml/liter.

Sedangkan pada malam hari atau pada selepas jam 12.00 malam, bacaan normalnya adalah antara 69-345nml/liter. “Kalau jumlah hormon kortisolnya normal, maka boleh dianggap bahawa orang itu tidak ikhlas kerana tertekan. Begitulah sebaliknya”. Ujarnya seraya menegaskan hasil kajiannya ini, menafikan paradigma lama yang menganggap pelajaran agama islam semata-mata hanya dogma atau doktrin sahaja.

Prof Soleh membuat kajiannya melalui satu penelitian terhadap 41 responden siswa SMU Luqman Hakim Pondok Persantren Hidayatullah, Surabaya .

Daripada 41 siswa itu, hanya 23 yang sanggup bertahan melakukan solat tahajjud selama sebulan penuh. Setelah di uji lagi, tingal 19 siswa yang bertahan solat tahajjud selama 2 bulan. Solat di mulai pukul 2.00-3.30 pagi sebanyak 11 rakaat, masing-masing 2 rakaat 4 kali salam dan tiga rakaat witir.

Selanjutnya, hormon kortisol mereka di ukur di tiga laboratium di Surabaya (paramita, Prodia dan klinika). Hasilnya mendapati bahawa keadaan tubuh seseorang yang rajin bertahajjud secara ikhlas berbeza jauh dengan orang yang tidak melakukan tahajjud.

Mereka yang rajin dan ikhlas bertahajjud memiliki ketahanan tubuh dan kemampuan individual untuk menghadapi masalah-masalah yang di hadapi dengan stabil dan tenang.

“Jadi solat tahajjud selain mempunyai nilai ibadah, juga sekaligus penuh dengan hikmah dari segi psikologi yang dapat mempengaruhi pengawalan kognisi dan emosi.

Dengan cara memperbaiki persepsi dan motivasi positif secara yang lebih efektif, emosi yang positif dapat meghindarkan seseorang dari strees. Menurut Soleh, “Orang yang selalu mengalami strees(tekanan) itu biasanya mudah sekali terkena penyakit kanser dan penyakit berjangkit.”

Dengan solat tahajjud yang di lakukan secara rutin dan di sertai perasaan ikhlas serta tidak terpaksa, seseorang akan memiliki responimun yang baik, yang kemungkinan besar akan terhindar daripada penyakit infeksi dan kanser. Dan, berdasarkan kesimpulan teknik medikal menunjukkan solat tahajjud yang dilakukan seperi itu, membuatkan seseorang mempunyai ketahanan tubuh yang lebih baik.

“Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu, dan berkorbanlah” : (Al-Kautsar: 2)

Sebuah bukti bahawa keterbatasan otak manusia tidak mampu mengetahui semua rahsia atas rahmat, nikmat, anugerah yang di berikan oleh ALLAH kepadanya. Maka haruskan kita menunggu untuk ianya benar-benal boleh diterima akal kita?”

Tepuk dada, tanyalah iman. Sudah berapa kali kah kita bangun malam untuk solat tahajjud dan bermunajat kepada Nya? Pernahkah kita bersolat tahajjud??

Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )

Sumber : fitrahworld

DAP PERALATKAN MAHATHIR UNTUK LAKSANAKAN MALAYSIAN MALAYSIA

DAP PERALATKAN MAHATHIR UNTUK LAKSANAKAN MALAYSIAN MALAYSIA


DALAM kesibukan orang melayu melayan cerita-cerita Mahathir dan Guan Eng menjalankan propaganda 'Manipulasi Hutang Negara' dengan mencipta angka negara muflis, memerangkap Dato Sri Najib dengan mengaibkan dan membuat tuduhan-tuduhan jenayah, malah menghidangkan 3 bulan tanpa GST untuk rakyat bergembira hingga terleka.


Tanpa orang-orang melayu sedari rancangan halus DAP telahpun bermula sejak dari hari pertama lagi Pakatan Harapan memerintah negara!


Tolong baca betul-betul dan hadam dengan bandingkan kepada apa yang sedang berlaku ketika ini, untuk anda fikirkan tentang apa nasib Melayu Islam dan Raja-raja Melayu nanti.


Dalam masa Lima Tahun, DAP akan arahkan Mahathir Membina Negara Baru berlandaskan Demokratik Liberal dalam membentuk dasar Malaysian Malaysia bagi menggantikan Negara Islam.


Apa yang akan berlaku secara terancang, tersusun dan secara halus :-


1. KUASA RAJA-RAJA MELAYU HANYA 'TERSURAT' TETAPI TIDAK DAPAT DILAKSANAKAN.


Fasa ini telah dimulai dengan Kadir Jasin telah mula memberi isyarat dan amaran kepada Raja Raja Melayu apabila dia secara terang terangan membangkitkan isu KONTRAK SOSIAL ANTARA RAJA DAN RAKYAT. Lebih tepat lagi ianya berbaur HASUTAN.


Ini bukan suara biasa kerana dia adalah KETUA MEDIA DAN KOMUNIKASI MAJLIS PENASIHAT KERAJAAN PH (MPK-PH), satu badan yang di lihat sangat berpengaruh dan berkuasa di bawah kerajaan baru.


2. MENUKAR KETUA PENGARAH SPRM.


Fasa ini telah berlaku dengan sempurna di mana Mahathir telah melantik Mohd Shukri Abdull sebagai KP SPRM malah telah Berjaya melakonkan drama air mata di dalam satu sidang media untuk menjatuhkan hukuman terhadap Dato Sri Najib ebagai bersalah dalam isu 1MDB, sebelum Dato Sri Najib selesai disoal siasat dan sebelum dihadapkan ke Mahkamah.


Proses ini lebih dilihat untuk mengalih perhatian rakyat dari melihat rancangan halus DAP dalam mengarah Mahathir membina negara baru berasaskan Malaysian Malaysia!


3. PEGUAM NEGARA


Pada cubaan pertama Mahathir dari arahan DAP telah mencalonkan seorang peguam Majlis Peguam, Tommy Thomas untuk memegang jawatan Peguam Negara juga merupa peguam membela kes Cheng Peng dari Parti Komunis Malaya malah seorang yang pernah pertikaikan kedudukan raja-raja melayu.




Namun cubaan ini gagal apabila pencalonan ini telah ditolak oleh Yang Di-Pertuan Agung.


Untuk itu Ram Karpal Singh telah mencadangkan kepada Mahathir untuk mencalonkan Tan Sri Zainun Ali yang juga pro DAP, di mana calon ini adalah salah seorang dari 5 hakim yang sebulat suara dalam kes M Indira Gandhi.


Mereka telah memutuskan pengislaman ke atas ketiga-tiga anak bekas suami M Indira sebagai tidak sah dan melanggar undang-undang.


Sekiranya Mahathir berjaya melantik calon melayu yang pro-DAP tetapi harus dingat bahawa Director of Public Prosecutions nanti akan digantikan kepada yang bukan melayu pro-DAP.


Bermakna ini adalah langkah membahayakan kedudukan kedaulatan Islam dari segi Mahkamah Syariah dan undang-undang kecil islam. Juga akan membawa perubahan ketara kedudukan melayu islam dalam Membina Negara Baru Malaysian Malaysia bagi menggantikan negara Islam.


4. KETUA HAKIM NEGARA


5. JABATAN KEMAJUAN AGAMA AKAN MENGGANTIKAN JAKIM.


Hal ini telah disuarakan oleh Mahathir sendiri untuk mengkaji kedudukan JAKIM malah dari kalangan pro-DAP dalam Pakatan Harapan telah menyuarakan permansuhan JAKIM malah ada yang mengarahkan JAKIM menghentikan pembiayaan sekolah-sekolah Agama dan Tahfiz.


Dalam pada masa yang sama, ketika ini guru-guru Kafa telah diberhentikan atau disekat pembayaran elaun.


Begitu juga elaun Tok Imam satu, tok iman 2 dan siak telah digantung.


Tindakan ini akan terjawab apabila pembentukan Kabinet Penuh Pakatan Harapan yang mana Menteri Bukan Islam akan ambil alih prihal agama di Malaysia.


6. SPEAKER DEWAN RAKYAT


Ini adalah fasa seterusnya yang akan berlaku, yang mana ketika ini kedudukan kerajaan Pakatan Harapan dikuasai 71 kerusi bukan islam berbanding 41 islam, Malah parti Mahathir sendiri hanya mempunyai 13 kerusi berbanding PKR 47, DAP 42 dan Amanah 11 yang mana amat jelas Mahathir hanyalah tidak lain tidak bukan hanyalah PM Boneka!


Peranan Speker ini akan melakukan berberapa strategi untuk mengekang bantahan MP pembangkang terutama dari kalangan UMNO dan PAS, terhadap apa usul untuk menyokong rancangan ini.


7. KEMAS, JASA DAN BTN DIBUBARKAN


Ini telah berlaku dengan sempurna dengan DAP bermatalamatkan untuk menghapuskan terus pengaruh melayu dari bangkit dan menggangu rancangan halus DAP!


Lain fasa yang akan menyusul.


8. KSU


Semua Kementerian akan ada Panel Penasihat Rakyat, menasihati Menteri dan memantau KSU. Keahlian Panel 70% bukan Melayu.


Panel ada kuasa untuk Perunding Antarabangsa menilai semula polisi negara atas keperluan kawal selia yang telus dan efektif.


9. PERUNTUKAN BAJET PEMBANGUNAN ISLAM DARI KUTIPAN ZAKAT DAN BUKAN DARI BELANJAWAN NEGARA


10. Semua institusi pendidikan bumiputera - terbuka semua kaum dan berdasarkan merit. Ini melibatkan UiTM, UniKL, MRSM, KPTM, KKM dll.


11. Rejimen Askar Melayu Diraja ditukar kepada Rejimen Askar Malaysia Diraja.


12. Panglima Angkatan Tentera tetap Melayu, tetapi Panglima TUDM dan TLDM bukan Melayu.


13. PAT tidak akan dapat bertindak tanpa sokongan Panglima TUDM dan TLDM.


14. Ketua Polis Negara Melayu, tetapi Timbalan KPN akan ada 2.


15. Ketua Cawangan Khas.


16. Pengarah Urusan Khazanah.


17. PNB


18. Agensi seperti Teraju, YPEIM, PUNB, PNS akan dikaji oleh Perunding Antarabangsa.


19. MARA kekal tetapi bajet pembangunan di potong 80%.


20. Melantik pengarah SPR baru.


21. Penempatan dan penyusunan kedudukan semula pola pengundi proDAP melalui kaedah penempatan perumahan dan sebagainya.


#RakyatMalaysiaMemlih2018 👎

#PemnatauMalaysiaBaru

Akhirnya Zahid (Aswad) maju ke medan pertempuran dan mati syahid di jalan Allah. Rasulullah berkata, "Hari ini Zahid sedang berbulan madu dengan bidadari yang lebih cantik daripada Zulfah."

Pada zaman Rasulullah SAW hiduplah seorang pemuda yang bernama Zahid yang berumur 35 tahun namun belum juga menikah. Dia tinggal di Suffah masjid Madinah. Ketika sedang memperkilat pedangnya tiba-tiba Rasulullah SAW datang dan mengucapkan salam. Zahid kaget dan menjawabnya agak gugup.

"Wahai saudaraku Zahid….selama ini engkau sendiri saja," Rasulullah SAW menyapa.
"Allah bersamaku ya Rasulullah," kata Zahid.
"Maksudku kenapa engkau selama ini engkau membujang saja, apakah engkau tidak ingin menikah…," kata Rasulullah SAW.
Zahid menjawab, "Ya Rasulullah, aku ini seorang yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan wajahku jelek, siapa yang mau denganku ya Rasulullah?"
" Asal engkau mau, itu urusan yang mudah!" kata Rasulullah SAW.
Kemudian Rasulullah SAW memerintahkan sekretarisnya untuk membuat surat yang isinya adalah melamar kepada wanita yang bernama Zulfah binti Said, anak seorang bangsawan Madinah yang terkenal kaya raya dan terkenal sangat cantik jelita. Akhirnya, surat itu dibawah ke rumah Zahid dan oleh Zahid dibawa kerumah Said. Karena di rumah Said sedang ada tamu, maka Zahid setelah memberikan salam kemudian memberikan surat tersebut dan diterima di depan rumah Said.



"Wahai saudaraku Said, aku membawa surat dari Rasul yang mulia diberikan untukmu saudaraku."
Said menjawab, "Adalah suatu kehormatan buatku."
Lalu surat itu dibuka dan dibacanya. Ketika membaca surat tersebut, Said agak terperanjat karena tradisi Arab perkawinan yang selama ini biasanya seorang bangsawan harus kawin dengan keturunan bangsawan dan yang kaya harus kawin dengan orang kaya, itulah yang dinamakan SEKUFU.
Akhirnya Said bertanya kepada Zahid, "Wahai saudaraku, betulkah surat ini dari Rasulullah?"
Zahid menjawab, "Apakah engkau pernah melihat aku berbohong…."
Dalam suasana yang seperti itu Zulfah datang dan berkata, "Wahai ayah, kenapa sedikit tegang terhadap tamu ini…. bukankah lebih disuruh masuk?"
"Wahai anakku, ini adalah seorang pemuda yang sedang melamar engkau supaya engkau menjadi istrinya," kata ayahnya.
Disaat itulah Zulfah melihat Zahid sambil menangis sejadi-jadinya dan berkata, "Wahai ayah, banyak pemuda yang tampan dan kaya raya semuanya menginginkan aku, aku tak mau ayah…..!" dan Zulfah merasa dirinya terhina.
Maka Said berkata kepada Zahid, "Wahai saudaraku, engkau tahu sendiri anakku tidak mau…bukan aku menghalanginya dan sampaikan kepada Rasulullah bahwa lamaranmu ditolak."
Mendengar nama Rasul disebut ayahnya, Zulfah berhenti menangis dan bertanya kepada ayahnya, "Wahai ayah, mengapa membawa-bawa nama rasul?"
Akhirnya Said berkata, "Ini yang melamarmu adalah perintah Rasulullah."

   Maka Zulfah istighfar beberapa kali dan menyesal atas kelancangan perbuatannya itu dan berkata kepada ayahnya, "Wahai ayah, kenapa sejak tadi ayah berkata bahwa yang melamar ini Rasulullah, kalau begitu segera aku harus dikawinkan dengan pemuda ini. Karena ingat firman Allah dalam Al-Qur’an surat 24 : 51. “Sesungguhnya jawaban orang-orang mukmin, bila mereka dipanggil kepada Allah dan Rasul-Nya agar rasul menghukum (mengadili) diantara mereka ialah ucapan. Kami mendengar, dan kami patuh/taat”. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung. (QS. 24:51)"


Zahid pada hari itu merasa jiwanya melayang ke angkasa dan baru kali ini merasakan bahagia yang tiada tara dan segera pamit pulang. Sampai di masjid ia bersujud syukur. Rasul yang mulia tersenyum melihat gerak-gerik Zahid yang berbeda dari biasanya.
"Bagaimana Zahid?"
"Alhamdulillah diterima ya rasul," jawab Zahid.
"Sudah ada persiapan?"
Zahid menundukkan kepala sambil berkata, "Ya Rasul, kami tidak memiliki apa-apa."
Akhirnya Rasulullah menyuruhnya pergi ke Abu Bakar, Ustman, dan Abdurrahman bi Auf. Setelah mendapatkan uang yang cukup banyak, Zahid pergi ke pasar untuk membeli persiapan perkawinan. Dalam kondisi itulah Rasulullah SAW menyerukan umat Islam untuk menghadapi kaum kafir yang akan menghancurkan Islam.
Ketika Zahid sampai di masjid, dia melihat kaum Muslimin sudah siap-siap dengan perlengkapan senjata, Zahid bertanya, "Ada apa ini?"
Sahabat menjawab, "Wahai Zahid, hari ini orang kafir akan menghancurkan kita, maka apakah engkau tidak mengerti?".
Zahid istighfar beberapa kali sambil berkata, "Wah kalau begitu perlengkapan kawin ini akan aku jual dan akan kubelikan kuda yang terbagus."
Para sahabat menasehatinya, "Wahai Zahid, nanti malam kamu berbulan madu, tetapi engkau hendak berperang?"
Zahid menjawab dengan tegas, "Itu tidak mungkin!"

   Lalu Zahid menyitir ayat sebagai berikut, “Jika bapak-bapak, anak-anak, suadara-saudara, istri-istri kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih baik kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya (dari) berjihad di jalan-Nya. Maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.” (QS. 9:24).



Akhirnya Zahid (Aswad) maju ke medan pertempuran dan mati syahid di jalan Allah.
Rasulullah berkata, "Hari ini Zahid sedang berbulan madu dengan bidadari yang lebih cantik daripada Zulfah."

   Lalu Rasulullah membacakan Al-Qur’an surat 3 : 169-170 dan 2:154). “Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur dijalan Allah itu mati, bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rizki. Mereka dalam keadaan gembira disebabkan karunia Allah yang diberikan-Nya kepada mereka, dan mereka bergirang hati terhadap orang-orang yang masih tinggal dibelakang yang belum menyusul mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati”.(QS 3: 169-170).

   “Dan janganlah kamu mengatakan terhadap orang-orang yang gugur di jalan Allah, (bahwa mereka itu) mati, bahkan (sebenarnya) mereka itu hidup, tetapi kamu tidak menyadarinya.” (QS. 2:154).


Pada saat itulah para sahabat meneteskan air mata dan Zulfahpun berkata, "Ya Allah, alangkah bahagianya calon suamiku itu, jika aku tidak bisa mendampinginya di dunia izinkanlah aku mendampinginya di akhirat."

--Mudah2an kita mendapatkan hikmah dari kisah ini ^^ --

Blogger, Raja Petra Kamaruddin mengakui pendedahannya mendakwa Datin Seri Rosmah Mansor membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2008 adalah usahanya untuk menggagalkan lantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri, menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Blogger, Raja Petra Kamaruddin mengakui pendedahannya mendakwa Datin Seri Rosmah Mansor membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada 2008 adalah usahanya untuk menggagalkan lantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri, menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Menurut Raja Petra, beliau ditemui Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah yang memberitahunya bahawa Dr Mahathir pada awalnya mahu melantik Ahli Parlimen Gua Musang itusebagai Perdana Menteri, tetapi akhirnya memilih Najib disaat-saat akhir.

"Pada 2006 kami membuat perjanjian bersama Mahathir bahawa kami ('kami' bermakna blogger dari kedua-dua belah pihak pecahan politik) untuk bekerjasama dengannya bagi menyingkirkan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan menggantikannya dengan Tengku Razaleigh Hamzah.

"Tidak lama kemudian pada Pilihan Raya Umum 2008 Tengku Razaleigh memanggil kami untuk berjumpa bagi memberitahu bahawa Mahathir telah mempermainkan kami semua. Dia (Mahathir) tidak mahu melantik Tengku Razaleigh untuk menjadi Perdana Menteri.

"Sebaliknya, Najib yang akan jadi Perdana Menteri," ujarnya dalam temubual bersama portal The Third Force.



Jelasnya, antara blogger yang bertemu Tengku Razaleigh termasuk Nik Azmi Nik Daud (Bul), Aspan Alias dan beberapa lagi individu yang tidak dinamakannya.

Kata Raja Petra, sebagai usaha untuk memburukkan nama Najib yang pada itu menjadi Timbalan Perdana Menteri kepada Tun Abdullah, beliau mencipta persepsi bahawa isteri Najib, Rosmah, telah membunuh Altantuya.

"Dan pada masa itulah mereka merancang untuk mengaitkan Najib dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Memandangkan Razak Baginda dikaitkan dengan Najib maka ianya tidak terlalu sukar.

"Apa yang kami perlukan adalah sebuah cerita yang hebat untuk mengaitkan 'cerita hebat' itu dengan isteri Najib, Rosmah Mansor, berada di tempat kejadian pada malam Altantuya dibunuh dan tubuhnya diletupkan dengan C4," ujarnya menghuraikan rancangan berkenaan.

Tambahnya, usahanya memburukkan Najib pada 2008 tiada kaitan dengan keperibadian Najib, tetapi sebagai usaha untuk menggagalkan usaha Dr Mahathir untuk menjadikan Najib sebagai pengganti Tun Abdullah.

"Kami menyokong Mahathir untuk menyingkirkan Abdullah kerana Mahathir katakan Tengku Razaleigh akan menggantikan Abdullah sebagai Perdana Menteri. Tetapi bila Mahathir mempermainkan kami dan ingin menjadi Najib sebagai Perdana Menteri, kami cuba menghancurkan Najib supaya dia akan hilang kelayakan dan Tengku Razaleigh masih boleh menjadi Perdana Menteri," katanya lagi.

Jelasnya, beliau kini kembali menyokong Najib selaku Perdana Menteri setelah Tengku Razaleigh membiarkan dirinya terperangkap dengan pelan dirancang mereka bersama dan tidak membelanya seperti yang dijanjikan sebelum ini.

"Saya katakan kepada mereka sekiranya mereka menghantar askar untuk menjalankan tugas, dan sekiranya askar tersebut menghadapi masalah, adalah menjadi tanggungjawab mereka untuk menyelamatkan askar tersebut dan tidak membiarkan dia dibunuh.

"Tengku Razaleigh dan penyokongnya, walaubagaimanapun, melepaskan tangan saya dan malah enggan bertemu dengan isteri saya setelah saya ditangkap.

"Isteri saya menjadi sangat marah sehingga menyumpah Tengku Razaleigh dan bercakap perkara buruk terhadap Nik, yang tidak sesuai untuk diulangi disini," katanya lagi.

Kaitan Palsu Najib, Rosmah dan Altantuya

Menceritakan lanjut berhubung rancangan  'mengkambing hitamkan' kes Altantuya, Raja Petra berkata tugasnya adalah untuk mencipta Akuan Bersumpah (SD) palsu untuk meyakinkan lagi 'cerita' berkenaan.

Katanya, tiada siapa ingin membuat SD palsu ekoran jika didapati bersalah individu berkenaan akan dimasukkan ke penjara.

"Sekiranya saya ditangkap dan didakwa menandatangani SD palsu, Nik akan mengemukakan laporan Risikan Tentera untuk menyokong saya, yang boleh digunkan sebagai bukti untuk menyokong apa yang saya katakan dan membuktikan saya bercakap perkara benar.

"Saya tidak akan didakwa diatas menandatangani SD palsu, tetapi diatas Pamalsuan Jenayah, namun, apa yang dipanggil sebagai 'laporan Risikan Tentera akan membantu saya, yang boleh digunakan sebagai bukti mengatakan saya bercakap benar' tidak muncul. Alasan Nik adalah mereka sudah memusnahkan fail tersebut dan bukti sudah tidak lagi wujud," dedah Raja Petra.


Sara Lokman fb.com

*▶ Insentif Pakatan 🇭🇰 Harapan*

Simpan manifesto ni baik²

Yes Susunan:
*▶ Insentif Pakatan 🇭🇰 Harapan*

1⃣Gaji Penjawat Awam/Pesara dan Bonus di! tingkatkan.

2⃣Gaji Penjawat Swasta bermula Minimum RM1500.

3⃣Elaun Kebajikan/ Oku/Ibu tunggal Di tingkatkan untuk Minimum permulaan RM800 - RM1000

4⃣ *Bantuan pasangan berkahwin RM500 Seorang untuk perkahwinan pertama*



5⃣Lesen motosikal Percuma.

6⃣Mansuh GST.

7⃣Stabilkan Harga minyak di bawah paras RM1.50 seliter.

8⃣Bantuan Pendidikan Percuma.

9⃣Bantuan Pesakit Buah Pinggang,pesakit Jantung Bagi rawatan berkos Tinggi.

1⃣0⃣Subsidi Air percuma dan Bil Elektrik.

1⃣1⃣Mansuh PTPTN dan nikmati biasiswa/ pendidikan percuma.

1⃣2⃣Salur Agih kekayaan mengikut kawasan dan daerah tercicir pembangunan.

1⃣3⃣Wifi percuma Berkelajuan Tinggi Bandar serta Luar Bandar.

1⃣4⃣Menstabilkan harga barang.

1⃣5⃣Bantuan Duit Dapur bagi isi rumah berkahwin/ ibu tunggal kepada Rakyat Miskin serta berpendapatan rendah sebanyak RM250 sebulan.

1⃣6⃣Kad Peduli sihat Rakyat setahun RM500.

1⃣7⃣Pinjaman Peribadi Penjawat Awam untuk tempoh 10 Tahun di naikan semula kepada 20 Tahun bayaran.

1⃣8⃣Royalti Minyak kepada negeri negeri di tingkatkan Royalti.

1⃣9⃣Mencegah Ketirisan khazanah negara serta mengagih kekayaan kepada Rakyat.

2⃣0⃣Menghapuskan Tol di seluruh Malaysia.

2⃣1⃣Harga kereta baru lebih rendah serta cukai kereta import di turunkan.

2⃣2⃣Mewujudkan Peluang Pekerjaan lebih banyak.

2⃣3⃣Mewujudkan peluang mesra usahawan/Peniaga kecil serta pinjaman mudah.

2⃣4⃣Bantuan Persekolahan tahunan kepada Pelajar sebelum sekolah di buka tahun baru.

2⃣5⃣Cukai insuran kereta di turunkan kepada kenderaan di bawah 1500CC.

2⃣6⃣Memperbanyakan Rumah mampu milik bawah RM100,000 dengan insentif bantuan kerajaan.

2⃣7⃣Siaran EPL Percuma kepada Rakyat Malaysia.

2⃣8⃣Mengutamakan wang poket Rakyat mencukupi.

2⃣9⃣Agihan Percuma Sekampit Beras setiap bulan kepada setiap isi rumah berkahwin miskin serta berpendapatan rendah.

3⃣0⃣Insentif tunai Kelahiran Baru.

3⃣1⃣ Insentif tabung Pendidikan Awal kepada bayi,kanak2 hingga dewasa.

3⃣2⃣Menarik pelabur asing lebih banyak.

3⃣3⃣Menjadikan malaysia dan Rakyat berpendapatan tinggi menjelang 2020.

3⃣4⃣Mengurangkan kos sara Hidup Rakyat.

3⃣5⃣Khidmat kesihatan Percuma.

3⃣6⃣Sistem Giliran Perdana menteri hanya 2 penggal.

3⃣7⃣Menjadikan badan SPRM. Bebas serta lapor terus kepada Parlimen.

3⃣8⃣Gaji Anggota Polis/Tentera akan di tingkatkan bagi meminima salah guna kuasa serta rasuah untuk golongan pasukan pertahanan/penguatkuasa undang undang.

3⃣9⃣ Menaik taraf kehidupan Rakyat.

4⃣0⃣Menaik taraf infrastruktur kuarters Tentera dan Polis dengan lebih baik.

4⃣1⃣Menghadkan campurtangan Perdana menteri terhadap jabatan jabatan kerajaan dan Syarikat GLC.

4⃣2⃣ Menghapuskan saman tertunggak pesalah lalulintas terutama kepada pesalah kesalahan Tiada lesen motosikal.

4⃣3⃣Memansuhkan sistem AES

4⃣4⃣Memberi kelonggaran berpolitik kepada seluruh Rakyat Malaysia.

4⃣5⃣Mengembalikan wang Rakyat 1MDB di luar negara kepada Rakyat Malaysia.

🛑Semoga inisiatif Pakatan Harapan serta mandat Rakyat bakal mengubah Malaysia serta Rakyat menjadi lebih baik demi malaysia yang tercinta.🇲🇾☑☑☑ ☑☑☑☑

SHARE RAMAI2 JOMMM...

لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ Maksudnya :"Tidak akan masuk syurga seseorang yang dalam hatinya ada sebesar zarah rasa takabbur" [Sahih Muslim : Book of Faith, 166]

MEMBAZIR AMALAN SYAITAN إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا Maksudnya:"Sesung...