Sebab2 doa x dimakbulkan

Pernah org bertanya pada Ibrahim bin Adh'ham(seorang ahli Tasawwuf yg masyhur) mengenai doa mereka x dimakbulkan Allah swt, padahal mereka selalu berdoa. Jawapan Ibrahim bin Adh'ham adalah seperti berikut:


1. Kamu mengenali Allah swt, tapi x tunaikan hak-Nya
- hak Allah swt adalah seperti solat 5 waktu n semua yg ada dalam Rukun Islam.

2. Kamu sangka bahawa kamu cinta Rasulullah saw, tapi kamu tinggalkan sunnah Baginda
- sunnah Baginda banyak, sunnah yg paling Baginda sukai adalah bersolat, manakala sunnah yg Baginda x tinggal adalah bersugi(gosok gigi)

3. Kamu membaca Al-Quran, tapi x beramal dengannya
- membaca Al-Quran tanpa memahami n beramal dengan ayat2 yg diturunkan oleh Allah swt, adalah ibarat keldai yg membawa kitab, seperti kaum Yahudi

4. Kamu telah makan nikmat2 Allah swt, tapi x tunaikan syukur-Nya
- seharusnya setiap nikmat2 yg Allah swt berikan, digunakan balik tuk ibadah n infak di jalan Allah swt secara sekadar kemampuan kita

5. Kamu telah berkata syaitan tu musuh, tapi x menentangnya
- syaitan terdiri dari jin n manusia, n khadam kepada syaitan adalah nafsu

6. Kamu telah berkata syurga tu benar, tapi x beramal untuknya
- salah satu cara ke syurga adalah menjadi seperti saudagar, yg mengingini pahala dari setiap ibadah yg betul n ikhlas

7. Kamu telah berkata neraka tu benar, tapi x bersedia untuknya
- salah satu cara ke syurga juga adalah menjadi seperti hamba, yg takut kepada azab api neraka

8. Kamu telah berkata yg mati tu benar, tapi x bersedia untuknya
- bersedia untuk mati adalah dengan melakukan setiap ibadah dengan betul n ikhlas lillahi Ta'ala, bekerja juga adalah ibadah jika diniatkan untuk mencari rezeki yg halal kepada keluarga n tanggungan

9. Kamu bangun dari tidur, lalu kamu menceritakan segala ke'aiban ma'nusia, tapi kamu lupa ke'aiban diri sendiri
- ibarat 2 jari diituding pada orang lain, 3 jari menunjuk diri sendiri

10. Kamu kuburkan mayat, tapi x ambil i'tibar darinya
- I'tibar dari pengebumian, adalah semua akan mati n hancur, kecuali Allah swt, cuma masa kita masing2 belum sampai lagi, entah malam ni, entah esok, wallahu a'lam

Wassalam!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ Maksudnya :"Tidak akan masuk syurga seseorang yang dalam hatinya ada sebesar zarah rasa takabbur" [Sahih Muslim : Book of Faith, 166]

MEMBAZIR AMALAN SYAITAN إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا Maksudnya:"Sesung...