Perjalanan Terakhir
Petikan dari segmen Dari Hati, ikimfm: Tuan Haji Ikram Hussin(Kaunselor Berdaftar)
Iblis lebih hebat beribadah kerana telah berdialog dengan Allah swt, malah telah nampak akan syurga dan neraka, tapi apa silapnya, Iblis x dapat terima takdir, takdir yg Allah swt tetapkan bahawa Iblis perlu sujud pada Nabi Adam as, atas perintah Allah swt. Jadi, belajarlah terima takdir n ubahnya dengan doa, sesungguhnya takdir x akan tertolak dengan doa.
Seperti juga takdir suami isteri, suami yg menelefon isteri tapi isteri mengatakan busy, walhal, x tentu ajal si suami samada sempat balik atau tidak dari pejabat. Begitu jugalah, sepatutnya si isteri patut melayani si suami ketika diajak bersama, bukan sahaja sebab takut dilaknat oleh Allah swt sepanjang malam tersebut, tetapi hargailah si suami yg berkehendakkan si isteri, bukan kerana hantaran atau mas kahwin yg telah dibayar, tapi sebagai tanda taat, sementara takdir si suami yg masih hidup n mampu bersama.
Bila takdir yg buruk berlaku pada kita n keluarga, kadang2 kita tersentap seakan2 bunga2 memberontak. Percayalah, setiap yg berlaku ada hikmahNya. Misalnya, seorang ayah melihat anaknya bermain di tangga, turun naik tangga dengan gembira, si ayah boleh membiarkan anaknya terus bermain, tetapi adakah kita sanggup membiarkan anak kecil kita bermain turun naik tangga, tanpa risau masa depan atau apa yg akan berlaku pada anak kecil kita? Sudah pasti kita melarang anak kecil kita dari bermain di sana. Begitu jugalah Allah swt, adakala kita x suka akan sesuatu yg buruk berlaku di sekeliling kita, tapi percayalah, dalam setiap kesusahan ada kesenangan, dalam setiap kesenangan ada kesusahan, n Allah swt jadikan setiap makhlukNya mampu menangani setiap permasalahan mengikut kadar kemampuan makhluk tersebut.
Kalau kita tertakdir memiliki ibubapa yg pilih kasih, berlapang dadalah, tanpa mereka, kita tiada di dunia, x mampu merasai ketupat n rendang. Ingatlah, adik-beradik merupakan satu pasukan, bukan pesaing. Begitu jugalah, Allah swt kurniakan kita sepasang mata, mata kita boleh melihat dunia, tetapi ditarik balik suatu masa, bayangkan diri kita? Macam mana kita nak berwuduk? Macam mana kita nak bersolat? Macam mana kita nak bekerja? Itu baru mata, bagaimana kalau ditarik balik ibubapa kita dari kita?
Adakah Nabi Ismail as yg x disembelih ayahnya dan diganti dengan kibas adalah takdir yg baik? Adakah Nabi Zakaria as yg wafat ketika digergaji dua adalah takdir yg buruk? Adakah Sumaiyah ra yg ditombak oleh kafir Quraisy takdir yg buruk? Semuanya takdir baik bagi siapa yg percaya pada Allah swt, Nabi Zakaria as n Sumaiyah ra mati syahid kerana mempertahankan Islam dalam diri masing2. Kadang2 kita nakkan sesuatu perkara, tapi Allah swt x berikan. Adakala, kita x nak sesuatu perkara, tapi Allah swt jadikan terhadap kita, semua tu ada hikmahNya. Allah swt lakukan apa kemahuanNya n kehendakNya, bukan Allah swt lakukan mengikut kemahuan n kehendak kita, kerana kalau mengikut kehendak n kemahuan manusia, walau diberi 2 lembah emas pun, masih mahu lembah emas yg ketiga.
Wassalam!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ Maksudnya :"Tidak akan masuk syurga seseorang yang dalam hatinya ada sebesar zarah rasa takabbur" [Sahih Muslim : Book of Faith, 166]
MEMBAZIR AMALAN SYAITAN إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا Maksudnya:"Sesung...
-
REPUBLIKA.CO.ID, Assalamualaikum wr wb Saya sedih dengan merebaknya kasus hamil di luar nikah di masyarakat saya tinggal saat ini. Sepert...
-
Mengapa perlu sombong? Kisah kebinasaan makhluk Allah sejak dahulu perlu dijadikan iktibar Oleh HASHIM AHMAD 26 Mei 2015 3:18 PM 8 S...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan