Cemburu merosak hubungan
Oleh PROF. MADYA MOHD. MAKZAN MUSA
ISU cemburu yang tidak dapat dibendung boleh mencetuskan perbalahan dan persengketaan pasangan atau suami isteri. Ia mengakibatkan tuduh menuduh, meninggikan suara dan linangan air mata isteri yang berpanjangan. Dalam keadaan begitu, emosi rumah tangga berantakan sehingga anak-anak bermuram durja.
Cemburu mencengkam dan menghambat dalam lingkaran perhubungan suami isteri dan kehidupan berkeluarga. Bahana cemburu tidak berkesudahan.
Persoalannya, adakah cemburu tanda sayang? Tidak adakah tanda sayang lain yang lebih romantik, manis dan indah berbanding dengan menengking dan linangan air mata kesan daripada menuding jari.
Anak-anak jadi keliru. Mertua bingung. Ipar duai ada yang memihak, ada yang mendiamkan diri, malah ada yang turut menjauhkan diri.
Melihat itu, cemburu bukan isu remeh dalam kehidupan berumah tangga. Angkara cemburu, perbalahan suami isteri boleh membawa musibah jika dibiarkan berlarutan.
Bahana cemburu
Suasana kehidupan berkeluarga men jadi kucar kacir dan berakhir dengan perpisahan dan lebih malang berlaku perceraian. Bahana cemburu amat kuat dan boleh meninggalkan kesan yang mendalam dalam kalangan anggota keluarga lain, selain merosakkan perhubungan suami isteri.
Cemburu dan iri hati adalah dua isu yang berbeza. Dari sudut linguistik atau bahasa, cemburu dan iri hati kelihatan sama, malah sering digunakan secara bersilih ganti.
Namun daripada perspektif psikologi atau sains tingkah laku, cemburu dan iri hati tidak sama baik dari sudut kognitif atau tindakan.
Apakah perbezaannya? Cemburu dan iri hati adalah antara dua tingkah laku sosial manusia yang jarang diketengahkan. Malah untuk membicarakannya, acap kali dilakukan secara senyap atau terselindung.
Kedua-dua cemburu dan iri hati merupakan dua tingkah laku manusia yang kerap dialami tetapi ramai tidak mahu mengakuinya. Enggan mengakuinya kerana cemburu dan iri hati memperlihatkan personaliti dan keburukan diri sendiri. Tentunya kita tidak mahu orang lain mengetahui sifat buruk, jauh sekali kalau kita dicap sebagai seorang yang kuat cemburu mahupun kuat iri hati.
Label cemburu dan iri hati yang memperlihatkan keburukan diri dari segi moral dan sosial membuatkan ramai orang menafikan cemburu.
Dalam keadaan sebegini, kita mencalar imej diri sendiri dengan rasa yang tidak menyenangkan.
Malangnya, kita terpaksa menanggungnya sendirian. Implikasi negatif kepada mereka yang cemburu dan iri hati cuba dijauhi kerana imej yang menakutkan dengan kemungkinan-kemungkinan negatif yang boleh dilakukan. Inilah bahana cemburu dan iri hati yang melampau.
Cemburu dan iri hati sebenarnya melibatkan isu kesejahteraan diri yang berkaitan dengan kesihatan mental. Namun, kefahaman umum terhadap konsep kesihatan mental secara automatik dikaitkan dengan masalah mental seperti gila.
Namun konsep kesihatan mental dari perspektif psikologi mahupun perubatan tidak terhad kepada gejala kegilaan atau ketidakwarasan akal fikiran atau status mental tidak siuman. Isu cemburu dan iri hati berkait rapat dengan kesihatan mental.
Kategori cemburu
Ahli-ahli psikologi dan perubatan psikiatri telah mengkategorikan beberapa bentuk cemburu dan iri hati dan mengenal pasti keadaan-keadaan psikologikal yang mendasari status kesejahteraan fizikal, emosi dan pemikiran kesan cemburu dan iri hati.
Memang kita semua ada sifat cemburu dan iri hati. Cuma yang berbeza adalah darjah keamatan cemburu dan iri hati yang dialami.
Soalnya, bagaimana setiap daripada kita mengendali, mengelola gelojak cemburu dan iri hati di dalam diri? Jika cemburu dan iri hati tidak dikenal pasti, tidak atau kurang diurus dengan sewajarnya, ia akan menjejaskan kualiti kesejahteraan diri dan orang-orang yang paling dekat dengan diri kita, baik dalam kehidupan peribadi mahupun profesional.
Cemburu dan iri hati boleh dirawat. Ia secara langsung menyatakan bahawa cemburu dan iri hati adalah satu bentuk penyakit. Jika penyakit, pasti ada penawarnya. Namun, cemburu dan iri hati bukan penyakit fizikal tetapi penyakit psikologikal. Justeru, apakah bentuk rawatannya? Jawapan kepada persoalan itu memerlukan penelitian psikologikal.
Dalam konteks itu, penelitian psikologikal untuk merawat mereka yang cemburu dan iri hati dari perspektif psikologi adalah melalui kaunseling.
Kaunseling cemburu
Bagaimanapun, kaunseling cemburu dan iri hati memerlukan latihan tertentu.
Sehubungan itu, Psychology Learning Training akan menganjurkan satu bengkel psikologi cemburu dan iri hati pada 27 dan 28 Oktober ini. Bengkel akan diadakan di Hotel Quality, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
Yuran yang dikenakan adalah sebanyak RM400 seorang. Ia meliputi makan tengah hari dan jamuan teh untuk dua hari serta beg bengkel. Penginapan tidak termasuk dalam yuran.
Yuran boleh dibayar secara cek/kiriman wang/wang pos/bank draf/LPO kepada Psychology Learning Training.
Yuran yang dibayar secara tunai dimasukkan terus ke dalam Akaun Psychology Learning Training di nombor akaun 02120002378057 di CIMB Bank.
Fakskan salinan resit pembayaran tunai ke 04-9243670 sebagai pengesahan pembayaran. Pembayaran melalui cek/kiriman wang/wang pos/bank draf/LPO perlu dibuat atas nama Psychology Learning Training.
Maklumat lanjut, hubungi 04-9243670 atau layari http://www.cemburuirihati.blogspot.com.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ Maksudnya :"Tidak akan masuk syurga seseorang yang dalam hatinya ada sebesar zarah rasa takabbur" [Sahih Muslim : Book of Faith, 166]
MEMBAZIR AMALAN SYAITAN إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا Maksudnya:"Sesung...
-
REPUBLIKA.CO.ID, Assalamualaikum wr wb Saya sedih dengan merebaknya kasus hamil di luar nikah di masyarakat saya tinggal saat ini. Sepert...
-
Mengapa perlu sombong? Kisah kebinasaan makhluk Allah sejak dahulu perlu dijadikan iktibar Oleh HASHIM AHMAD 26 Mei 2015 3:18 PM 8 S...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan