Isu Proton.
Semasa DS Najib melakukan proses Rasionalisasi Proton dengan menswastakan 100% dan bersetuju agar Proton menjual separuh daripada kepentingannya kepada Syarikat China, maka TDM mengecam DSN dan mendakwa, DSN menjual maruah Malaysia kepada China. Disebabkan itu, maka ramailah rakyat terpengaruh dengan hasutan beliau.
Perkara yang beliau tidak ceritakan ialah bagaimana Proton yang lahirt sejak 1983 dan beliau hanya melepaskan jawatan sebagai Pengerusi/Penasihat Proton hanya pada tahun 2016, mencatatkan kerugian saban tahun dan asyik di"bail out" oleh kerajaan sehingga tuntutan beliau tidak lagi dipenuhi oleh DSN dan menyebabkan Proton mengumpul kerugian sebanyak RM2.5 billion. Sebuah syarikat yang telah berusia lebih dari 30 tahun sepatutnya sudah boleh berdikari, namun akibat campurtangan dan pengkronian Proton tidak mampu berdaya saing.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjCnGtI7F6rGYGqRplFJjyT33X-oBjOJ6SfMlYfzv0wLtmy72CP7lgvjcr9lOK5RXQ66JjlLjf5RNOqcPct3hfdhnHFalpnyBi9nKWckiqQdn83JeVZ9R3yTKtmdRgyGEnQK3vWvirgQ8k/s320/0b.jpg)
Setelah Proton bergabung dengan Geely, tiba2 minggu ini kita dikejutkan dengan aktiviti TDM menyembah dan melutut kepada China untuk memantapkan lagi Proton. Itulah hikmat U Turn dan penyatupaduan sel 7 petala langit.
@Khairudin Khairani
Tiada ulasan:
Catat Ulasan