Jumlah terbesar wang di bawa keluar dari Malaysia dalam sehari adalah pada 14 Mei 2018 berjumlah RM 682.6 juta, manakaa jumlah terkecil adalah pada 22 Mei 2018 berjumlah RM 77.2 juta. Keseluruhannya anda kiralah sendiri kerana saya tidak suka kirakan untuk anda. Rakyat Malaysia perlu belajar mengambil tahu, bukan hanya disuap oleh ahli politik yang gemar menipu.

 BURSA MALAYSIA BUKAN HANYA TERBURUK DI ASIA MALAH PALING NGERI DAN MENAKUTKAN DI DUNIA!

Jika setiap hari pelabur asing membawa keluar wang beratus-ratus juta begini sejak PH menjadi kerajaan baru Malaysia, Laut China Selatan pun boleh kering!

Jumlah terbesar wang di bawa keluar dari Malaysia dalam sehari adalah pada 14 Mei 2018 berjumlah RM 682.6 juta, manakaa jumlah terkecil adalah pada 22 Mei 2018 berjumlah RM 77.2 juta. Keseluruhannya anda kiralah sendiri kerana saya tidak suka kirakan untuk anda. Rakyat Malaysia perlu belajar mengambil tahu, bukan hanya disuap oleh ahli politik yang gemar menipu.


                      
 

Untuk pasaran Bond pula, setakat penghujung Mei 2018, sudah RM 20 billion dibawa keluar dari Malaysia.

Kenapa ianya terjadi? Ini adalah kerana setiap hari Tun M dan Lim Guan Eng berbohong di media berkaitan jumlah hutang negara dan kononnya negara nak bankrap. Penganalisis kewangan dunia juga garu kepala bagaimana Tun M dan Guan Eng buat kira-kira. Bagaimana dua beranak ini boleh buat tabung tipu rakyat dan berlakon “lai’h” seolah-olah ekonomi negara sudah nazak mahu “mati”.


                          
 

Dunia sedang ketawakan Malaysia apabila rakyat tertipu begitu mudah ditipu oleh PH dan mereka pakat-pakat menderma untuk kerajaan yang mana wang tersebut kita sendiri pun tidak tahu ke mana ianya akan pergi.

Kerana tahap kebodohan rakyat Malaysia yang begitu tinggi dan sikap kerajaan yang begitu nakal menipu rakyat sendiri, maka pelabur asing setiap hari angkut wang mereka keluar. Siapa yang mahu melabur di negara yang rakyatmya bodoh, betul tak? Walhal bukan semua bodoh, hanya segelintir yang sakai!


                        
 

Jika anda sayangkan negara, tolong beritahu 2 beranak yang sedang jaga kewangan negara supaya berhenti berlakon kerana DS Najib dan BN sudah pun tidak menjadi kerajaan. Sudah-sudahlah menipu. Teruskanlah kerja membangunkan negara. Mereka sudah dapat apa mereka nak bukan?

@Mada Richman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ Maksudnya :"Tidak akan masuk syurga seseorang yang dalam hatinya ada sebesar zarah rasa takabbur" [Sahih Muslim : Book of Faith, 166]

MEMBAZIR AMALAN SYAITAN إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا Maksudnya:"Sesung...