Begini lah nasib jika org kafir memerintah

 Begini lah nasib jika org kafir memerintah

5 Jun 2018
EXCO PERUMAHAN PULAU PINANG ENGGAN BERJUMPA PENDUDUK MISKIN PPR PADANG TEMBAK SEJAK DECEMBER 2017 TAPI KINI MENGUSIR PAKSA PENDUDUK



 

"Hentikan Pengusiran Paksa terhadap Penduduk Rumah Pangsa PPR Padang Tembak"

1. Penduduk di unit rumah di PPR Padang Tembak, Pulau Pinang, sedang diancam pengusiran paksa daripada Bahagian Perumahan Pulau Pinang.

2. Penduduk yang menduduki 7 unit rumah di PPR yang diusir pengusiran ini telah meminta perjumpaan dengan EXCO Perumahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo, sejak bulan Disember 2017, tetapi tidak diberikan temujanji untuk membincangkan penyelesaian yang baik bagi masalah mereka.



 

3. Mereka diusir dengan alasan telah melanggar syarat yang ditetapkan, antaranya berkahwin dengan orang asing dan mempunyai tunggakan sewa yang tinggi.

4. Mengusir penduduk rumah PPR atas sebab pasangannya adalah warga asing adalah tidak masuk akal. Salah seorang penduduk yang diusir merupakan waris kepada penyewa asal (generasi kedua) unit PPR dan berkahwin dengan warga asing yang sudah memohon status pemastautin tetap di Malaysia, dan suami isteri tersebut merupakan pekerja bawahan yang menerima gaji rendah. Syarat yang menghalang penghuni PPR berkahwin dengan warga asing merupakan satu bentuk diskriminasi dan memberi gambaran bahawa rakyat miskin daripada golongan B40 tiada hak untuk memilih pasangan hidupnya jika ingin tinggal di rumah PPR.



 

5. Penduduk rumah PPR Padang Tembak yang diusir merupakan golongan berpendapatan rendah. Isu tunggakan sewa berkait rapat dengan status pendapatan mereka. Kerajaan Negeri memang boleh dan pernah memberi kelulusan bersyarat bagi mereka yang mempunyai tunggakan sewa untuk terus menetap di unit rumah PPR. Adalah tidak berperikemanusiaan kerana menghukum seorang yang miskin dengan mengusirnya keluar dari unit rumah PPR yang dikhaskan untuk golongan miskin, atas sebab dia tidak mampu bayar sewa.

6. Adalah tidak adil dan tidak masuk akal juga untuk Kerajaan Negeri mengusir rakyat miskin keluar dari rumahnya untuk menempatkan rakyat miskin yang lain yang juga memerlukan rumah PPR. Isu kekurangan unit PPR untuk penduduk Pulau Pinang hanya boleh diselesaikan dengan membina lebih banyak unit rumah PPR, bukannya memaksa penduduk yang sedia ada untuk mengosongkan rumah mereka. Dengan sekarang Kerajaan Persekutuan juga dikuasai Pakatan Harapan, adalah menjadi keutamaan kepada pihak Kerajaan Negeri bersama dengan Kerajaan Persekutuan mengusahakan pembinaan unit rumah PPR yang lebih banyak untuk penduduk berpendapatan rendah.



 

7. PSM menggesa pada pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang supaya menghentikan pengusiran paksa terhadap penduduk rumah PPR yang miskin dan memerlukan tempat penginapan. Kerajaan Negeri perlu mengadakan perbincangan dengan segera bersama penduduk yang terlibat supaya mencari penyelesaian yang baik dan bersifat kemanusiaan untuk kemelut mereka.

Dikeluarkan oleh
Choo Chon Kai
Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM)



 

Untuk update situasi terbaru, sila hubungi Karthi 012-4429456 atau Ayu 011-37582173

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ู„ุงَ ูŠَุฏْุฎُู„ُ ุงู„ْุฌَู†َّุฉَ ู…َู†ْ ูƒَุงู†َ ูِูŠ ู‚َู„ْุจِู‡ِ ู…ِุซْู‚َุงู„ُ ุฐَุฑَّุฉٍ ู…ِู†ْ ูƒِุจْุฑٍ Maksudnya :"Tidak akan masuk syurga seseorang yang dalam hatinya ada sebesar zarah rasa takabbur" [Sahih Muslim : Book of Faith, 166]

MEMBAZIR AMALAN SYAITAN ุฅِู†َّ ุงู„ْู…ُุจَุฐِّุฑِูŠู†َ ูƒَุงู†ُูˆุง ุฅِุฎْูˆَุงู†َ ุงู„ุดَّูŠَุงุทِูŠู†ِ ูˆَูƒَุงู†َ ุงู„ุดَّูŠْุทَุงู†ُ ู„ِุฑَุจِّู‡ِ ูƒَูُูˆุฑًุง Maksudnya:"Sesung...