Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana, lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya sungguh mengkagumkan,lalu sahabat ini sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua yang beliau jumpa tadi,dan tidak pernah di lihat di dunia,lalu wanita itu berkata,akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku,bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab,nanti kamu belum syahid lagi,tersentak daripada itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW,tapi sekiranya dia syahid barulah di ceritakan kepada Nabi saw.

Kisah Sejarah Ainul Mardhiah...( bidadari syurga)
Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua kepada segala bidadari- bidadari).

Berjihad/berdakwah untuk agama Allah swt merupakan satu amalan yang akan menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat r.hum. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.


                        
 

Rasulullah saw bersabda“Tidak akan berganjak kaki anak Adam di Hari Kiamat hingga disoal tentang empat perkara: tentang usianya pada apa dihabiskannya, tentang masa mudanya apa yang telah diperjuangkannya, tentang hartanya dari mana datangnya dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah dibuatnya.”(Hadith sahih riwayat Tirmizi)

Ainul Mardhiah (bidadari untuk orang yang berjihad/berdakwah untuk agama Allah swt.)


                       
 

Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.
QS. ar-Rahman (55) : 58

Di dalam surga-surga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.
QS. ar-Rahman (55) : 70


                                
 

(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah.
QS. ar-Rahman (55) : 72

Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin.
QS. ar-Rahman (55) : 74


                               
 

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat
untuk berjihad/berdakwah untuk agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya muda teringin sangat hendak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut,
tetapi di sebabkan sahabat ini malu hendak bertanyakan kepada nabi saw,kerana malu kepada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap memberi nama sebagai salah sorang yang akan keluar di jalan Allah. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar
(dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah yang hendak berangkat tadi tidur bersama-sama sekejap.Tiba-tiba dalam tidur sahabat tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2,lalu di tanya sahabat ini ,di manakah beliau berada,lalu ada suara yang menjawab,inilah syurga,tiba2 dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah (bidadari yang Nabi saw bagitahu tadi),lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalanlah sahabat ini, disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak
pernah dia lihat kecantikan yang sebegitu,tak pernah dilihat didunia ini,lalu diberikan salam dan sahabat ini bertanya, andakah ini Ainul Mardhiah,wanita itu menjawab ehh tidakk(lebih kurang macam tu la dalam bahasa kita),saya penjaganya,Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana di sana.


                        
 

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda daripada yang pertama tadi di lihatnya, sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai,lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah ini Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab,eh tidak, saya hanya penjagaya di dalam mahligai ini,Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana, lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya sungguh mengkagumkan,lalu sahabat ini sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua yang beliau jumpa tadi,dan tidak pernah di lihat di dunia,lalu wanita itu berkata,akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku,bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab,nanti kamu belum syahid lagi,tersentak daripada itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW,tapi sekiranya dia syahid barulah di ceritakan kepada Nabi saw.

                        
 

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi saw di dalamnya telah keluar berperang/berjihad lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi saw dan menceritakan perihal mimpi pemuda yang syahid tadi.

Sahabat pemuda yang syahid tadi,dalam menceritakan kepada nabi saw,Nabi saw menjawab benar,benar,benar sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga..


                       
 

Nota penting,(nanti saya akan cerita kisah jimak penghuni syurga dengan wanita-wanita syurga)

Lirik by: UNIC (Ainul Mardhiah)
Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada
Itulah janji pencipta Yang Esa

Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri


                             
 

Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita

Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di Taman Syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati
Ooh! Tuhan
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih
Dihati lelaki bernama kekasih 


                          

Ini tanda tanda ekonomi bergerak ke belakang. Tidak pernah ada lagi kerajaan meminta derma dari rakyatnya. Patutnya kerajaan cari duit beri dan bantu rakyat. Ini terbalik pula, rakyat yang mengundi pula diminta hulur duit poket mereka kepada kerajaan.

                                         

Terpulang sama ada nak percaya atau tidak percaya..

Ekonomi Negara Diundur Ke Belakang


                          
 

HSR dibatalkan. Projek MRT3 dibatalkan. ECRL juga mungkin dibatalkan. Pembatalan semua projek ini menyebabkan pampasan dalam nilai yang besar, puluhan ribu peluang kerja tertutup dan kadar pertumbuhan ekonomi negara juga akan mengucup.

                                  
 

Ini tanda tanda ekonomi bergerak ke belakang. Tidak pernah ada lagi kerajaan meminta derma dari rakyatnya. Patutnya kerajaan cari duit beri dan bantu rakyat. Ini terbalik pula, rakyat yang mengundi pula diminta hulur duit poket mereka kepada kerajaan.

                         
 

Akhirnya semalam, Tun Mahathir telah perbetulkan kembali angka hutang negara kepada kadar yang sebenarnya. Bukannya angka RM1 trillion yang dimanipulasi sebelum sebelum ini.

Kenapa tiba tiba kerajaan PH perbetulkan? Kerana pelabur sudah mulai hilang keyakinan. Baru 28 hari mentadbir Putrajaya, sudah RM7 bilion telah ditarik balik dari Bursa oleh orang asing sejak PRU14.


                                     
 

Walaupun kenaikan sederhana pasaran saham di Bursa sejak 3 hari lalu, pelabur asing telah menarik balik wang selama 23 hari berturut-turut. Ini merupakan tempoh yang paling lama sejak 2008.

Jumaat lalu, mereka menarik balik RM225.2 juta manakala bagi hari Isnin hingga Rabu mereka telah menarik balik masing-masing RM87.6 juta, RM104.2 juta dan RM278.9 juta.


                            
 

Ditambah kepada RM5.83 bilion yang telah ditarik balik pada bulan Mei, sejumlah RM6.997 bilion telah ditarik balik oleh orang asing dari pasaran saham kita sejak kemenangan PH.

Aliran keluar ini juga dicerminkan oleh kejatuhan rizab asing BNM yang menurun sebanyak AS$1 bilion sejak kerajaan PH menguasai Putrajaya.


                     
 

Ditambah pula dengan perletakan jawatan beberapa CEO GLC dan Gabenor Bank Negara yang sudah tentu memperlihatkan ada sesuatu yang tidak kena pada pentadbiran kerajaan PH sekarang.

Bonus yang makin berkurang, tiada kenaikan gaji untuk penjawat awam dan kegagalan kerajaan PH tunaikan janji 100 hari sedang dinilai oleh komuniti perniagaan dalam dan luar negara.


                      
 

Semalam, rizab Bank Negara juga didapati menyusut. Pada 30 April nilai rizab adalah USD$109.5 billion. Kemudian semakan pada 7 Jun mendapati jumlah rizab menjadi USD$108.5 billion, susut sebanyak USD$1 billion.

Kalau zaman BN dulu, jenuh dituduh sebagai hilangkan duit, songlap duit dan sebagainya. Jadi sekarang ini bagaimana boleh kurang RM4 billion itu?


                              
 

Harga barang macam itu juga. Masih mahal dan tidak turun turun. Harga petrol pun tidak jadi RM1.50 seperti yang dijanjikan. PTPTN kena bayar macm itu juga.

Hutang peneroka Felda belum lagi dihapus. Bonus raya pun tidak dapat. Skim Peduli Sihat entah ke mana. 2% KWSP surirumah pun macam tidak jadi. Inilah dia padahnya rakyat silap mengundi.


                          
 

Ekonomi sudah berundur ke belakang. Tunggulah dua tiga bulan lagi, makin lembab dan "mandom" lah Malaysia. Peluang kerja tiada, apa pun tiada. Yang ada hanyalah cerita cerita persepsi setiap hari oleh kerajaan baru.

Tulisan :
Prof Madya Azizi Aaron


                             

DALAM kesibukan orang melayu melayan cerita-cerita Mahathir dan Guan Eng menjalankan propaganda 'Manipulasi Hutang Negara' dengan mencipta angka negara muflis, memerangkap Dato Sri Najib dengan mengaibkan dan membuat tuduhan-tuduhan jenayah, malah menghidangkan 3 bulan tanpa GST untuk rakyat bergembira hingga terleka. Tanpa orang-orang melayu sedari rancangan halus DAP telahpun bermula sejak dari hari pertama lagi Pakatan Harapan memerintah negara!

DAP PERALATKAN MAHATHIR UNTUK LAKSANAKAN MALAYSIAN MALAYSIA

DALAM kesibukan orang melayu melayan cerita-cerita Mahathir dan Guan Eng menjalankan propaganda 'Manipulasi Hutang Negara' dengan mencipta angka negara muflis, memerangkap Dato Sri Najib dengan mengaibkan dan membuat tuduhan-tuduhan jenayah, malah menghidangkan 3 bulan tanpa GST untuk rakyat bergembira hingga terleka.

Tanpa orang-orang melayu sedari rancangan halus DAP telahpun bermula sejak dari hari pertama lagi Pakatan Harapan memerintah negara!


                          
 

Tolong baca betul-betul dan hadam dengan bandingkan kepada apa yang sedang berlaku ketika ini, untuk anda fikirkan tentang apa nasib Melayu Islam dan Raja-raja Melayu nanti.

Dalam masa Lima Tahun, DAP akan arahkan Mahathir Membina Negara Baru berlandaskan Demokratik Liberal dalam membentuk dasar Malaysian Malaysia bagi menggantikan Negara Islam.

Apa yang akan berlaku secara terancang, tersusun dan secara halus :-


                        
 

1. KUASA RAJA-RAJA MELAYU HANYA 'TERSURAT' TETAPI TIDAK DAPAT DILAKSANAKAN.

Fasa ini telah dimulai dengan Kadir Jasin telah mula memberi isyarat dan amaran kepada Raja Raja Melayu apabila dia secara terang terangan membangkitkan isu KONTRAK SOSIAL ANTARA RAJA DAN RAKYAT. Lebih tepat lagi ianya berbaur HASUTAN.

Ini bukan suara biasa kerana dia adalah KETUA MEDIA DAN KOMUNIKASI MAJLIS PENASIHAT KERAJAAN PH (MPK-PH), satu badan yang di lihat sangat berpengaruh dan berkuasa di bawah kerajaan baru.


                             
 

2. MENUKAR KETUA PENGARAH SPRM.

Fasa ini telah berlaku dengan sempurna di mana Mahathir telah melantik Mohd Shukri Abdull sebagai KP SPRM malah telah Berjaya melakonkan drama air mata di dalam satu sidang media untuk menjatuhkan hukuman terhadap Dato Sri Najib ebagai bersalah dalam isu 1MDB, sebelum Dato Sri Najib selesai disoal siasat dan sebelum dihadapkan ke Mahkamah.

Proses ini lebih dilihat untuk mengalih perhatian rakyat dari melihat rancangan halus DAP dalam mengarah Mahathir membina negara baru berasaskan Malaysian Malaysia!


                                          
 

3. PEGUAM NEGARA

Pada cubaan pertama Mahathir dari arahan DAP telah mencalonkan seorang peguam Majlis Peguam, Tommy Thomas untuk memegang jawatan Peguam Negara juga merupa peguam membela kes Cheng Peng dari Parti Komunis Malaya malah seorang yang pernah pertikaikan kedudukan raja-raja melayu.

Namun cubaan ini gagal apabila pencalonan ini telah ditolak oleh Yang Di-Pertuan Agung.


                 
 

Untuk itu Ram Karpal Singh telah mencadangkan kepada Mahathir untuk mencalonkan Tan Sri Zainun Ali yang juga pro DAP, di mana calon ini adalah salah seorang dari 5 hakim yang sebulat suara dalam kes M Indira Gandhi.

Mereka telah memutuskan pengislaman ke atas ketiga-tiga anak bekas suami M Indira sebagai tidak sah dan melanggar undang-undang.


                             
 

Sekiranya Mahathir berjaya melantik calon melayu yang pro-DAP tetapi harus dingat bahawa Director of Public Prosecutions nanti akan digantikan kepada yang bukan melayu pro-DAP.

Bermakna ini adalah langkah membahayakan kedudukan kedaulatan Islam dari segi Mahkamah Syariah dan undang-undang kecil islam. Juga akan membawa perubahan ketara kedudukan melayu islam dalam Membina Negara Baru Malaysian Malaysia bagi menggantikan negara Islam.


                                  
 

4. KETUA HAKIM NEGARA

5. JABATAN KEMAJUAN AGAMA AKAN MENGGANTIKAN JAKIM.

Hal ini telah disuarakan oleh Mahathir sendiri untuk mengkaji kedudukan JAKIM malah dari kalangan pro-DAP dalam Pakatan Harapan telah menyuarakan permansuhan JAKIM malah ada yang mengarahkan JAKIM menghentikan pembiayaan sekolah-sekolah Agama dan Tahfiz.

Dalam pada masa yang sama, ketika ini guru-guru Kafa telah diberhentikan atau disekat pembayaran elaun.

Begitu juga elaun Tok Imam satu, tok iman 2 dan siak telah digantung.

Tindakan ini akan terjawab apabila pembentukan Kabinet Penuh Pakatan Harapan yang mana Menteri Bukan Islam akan ambil alih prihal agama di Malaysia.


                         
 

6. SPEAKER DEWAN RAKYAT

Ini adalah fasa seterusnya yang akan berlaku, yang mana ketika ini kedudukan kerajaan Pakatan Harapan dikuasai 71 kerusi bukan islam berbanding 41 islam, Malah parti Mahathir sendiri hanya mempunyai 13 kerusi berbanding PKR 47, DAP 42 dan Amanah 11 yang mana amat jelas Mahathir hanyalah tidak lain tidak bukan hanyalah PM Boneka!

Peranan Speker ini akan melakukan berberapa strategi untuk mengekang bantahan MP pembangkang terutama dari kalangan UMNO dan PAS, terhadap apa usul untuk menyokong rancangan ini.


                                 
 

7. KEMAS, JASA DAN BTN DIBUBARKAN

Ini telah berlaku dengan sempurna dengan DAP bermatalamatkan untuk menghapuskan terus pengaruh melayu dari bangkit dan menggangu rancangan halus DAP!

Lain fasa yang akan menyusul.


                     
 

8. KSU

Semua Kementerian akan ada Panel Penasihat Rakyat, menasihati Menteri dan memantau KSU. Keahlian Panel 70% bukan Melayu.

Panel ada kuasa untuk Perunding Antarabangsa menilai semula polisi negara atas keperluan kawal selia yang telus dan efektif.


                          
 

9. PERUNTUKAN BAJET PEMBANGUNAN ISLAM DARI KUTIPAN ZAKAT DAN BUKAN DARI BELANJAWAN NEGARA

10. Semua institusi pendidikan bumiputera - terbuka semua kaum dan berdasarkan merit. Ini melibatkan UiTM, UniKL, MRSM, KPTM, KKM dll.


                            
 

11. Rejimen Askar Melayu Diraja ditukar kepada Rejimen Askar Malaysia Diraja.

12. Panglima Angkatan Tentera tetap Melayu, tetapi Panglima TUDM dan TLDM bukan Melayu.


                             
 

13. PAT tidak akan dapat bertindak tanpa sokongan Panglima TUDM dan TLDM.

14. Ketua Polis Negara Melayu, tetapi Timbalan KPN akan ada 2.


                          
 

15. Ketua Cawangan Khas.

16. Pengarah Urusan Khazanah.


                                 
 

17. PNB

18. Agensi seperti Teraju, YPEIM, PUNB, PNS akan dikaji oleh Perunding Antarabangsa.


                                
 

19. MARA kekal tetapi bajet pembangunan di potong 80%.

20. Melantik pengarah SPR baru.


                         
 

21. Penempatan dan penyusunan kedudukan semula pola pengundi proDAP melalui kaedah penempatan perumahan dan sebagainya.

#RakyatMalaysiaMemlih2018 👎
#PemnatauMalaysiaBaru 


                       

Kufur an-ni'mat adalah mengingkari Allah sebagai pemberi nikmat kepada manusia,tidak bersyukur atas segala nikmat Allah,serta menggunakan nikmat bukan untuk tujuan yang sepatutnya(memperoleh keredhaan Allah).Contohnya ialah menggunakan nikmat untuk melakukan maksiat,enggan mengeluarkan zakat dan boros berbelanja.Firman Allah s.w.t; وَإِذَا مَسَّ الْإِنْسَانَ الضُّرُّ دَعَانَا لِجَنْبِهِ أَوْ قَاعِدًا أَوْ قَائِمًا فَلَمَّا كَشَفْنَا عَنْهُ ضُرَّهُ مَرَّ كَأَنْ لَمْ يَدْعُنَا إِلَى ضُرٍّ مَسَّهُ كَذَلِكَ زُيِّنَ لِلْمُسْرِفِينَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ(12) (Surah Yunus ayat 12) Mafhumnya: “Dan apabila manusia ditimpa bahaya, dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk, atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu darinya, dia (kembali) melalui jalannya yang sesat, seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk menghilangkan bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan".

FENOMENA KUFUR MENURUT AL-QURAN

Al-Quran memuatkan gambaran yang sangat jelas tentang kufur. Berdasarkan maklumat daripada al-Quran ,dimana jelas sekali peristiwa kufur ini telah berlaku kepada umat manusia  terdahulu sepertimana berlaku kepada umat Nabi Nuh A.S yang ditenggelamkan (dengan taufan dan banjir besar). Firman Allah s.w.t:

(Surah Hud ayat 40)

Mafhumnya: (Nabi Nuh terus bekerja) sehingga apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka dan air memancut-mancut dari muka bumi (yang menandakan kedatangan taufan), Kami berfirman kepada Nabi Nuh: Bawalah dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap sejenis haiwan (jantan dan betina) dan bawalah ahlimu kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya (disebabkan kekufurannya), juga bawalah orang-orang beriman dan tidak ada orang-orang yang beriman yang turut bersama-samanya, melainkan sedikit sahaja.

                                              

 DEFINISI KUFUR

Kufur pada bahasa bererti “menutupi”atau “mengingkari”. Manakala menurut ‘Ulama Usuluddin kufur boleh diertikan sebagai “tutup” ini kerana hati orang kafir tertutup atau terkunci mati daripada mendapat hidayah Allah.
Dari segi istilah, kufur menurut Ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah pendustaan kepada Rasulullah s.a.w dan ajaran yang dibawanya.Sementara itu, menurut kaum Khawarij kufur ialah orang yang meninggalkan ajaran dan hukum-hukum Allah. Menurut syarak tidak mempercayai Allah, malaikat, kitab-kitabnya, para rasulnya, hari akhirat, hukum-hukum Allah atau sebarang ketetapan agama yang secara daruri diketahui oleh orang Islam.


 AYAT-AYAT AL-QURAN TENTANG KUFUR
1
ٱلَّذِينَ يَنقُضُونَ عَهۡدَ ٱللَّهِ مِنۢ بَعۡدِ مِيثَـٰقِهِۦ وَيَقۡطَعُونَ مَآ أَمَرَ ٱللَّهُ بِهِۦۤ أَن يُوصَلَ وَيُفۡسِدُونَ فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡخَـٰسِرُونَ (٢٧) كَيۡفَ تَكۡفُرُونَ بِٱللَّهِ وَڪُنتُمۡ أَمۡوَٲتً۬ا فَأَحۡيَـٰڪُمۡ‌ۖ ثُمَّ يُمِيتُكُمۡ ثُمَّ يُحۡيِيكُمۡ ثُمَّ إِلَيۡهِ تُرۡجَعُونَ (٢٨)
(Surah al-Baqarah ayat 27 dan 28)

Mafhumnya:(Iaitu) orang-orang yang merombak (mencabuli) perjanjian Allah sesudah diperteguh dan memutuskan perkara yang disuruh Allah supaya diperhubungkan dan mereka pula membuat kerosakan dan bencana di muka bumi. Mereka itu ialah orang-orang yang rugi. (27) Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Dia menghidupkan kamu; setelah itu Dia mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat kelak); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan). (28)

                                          

2.

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ ءَامِنُواْ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَٱلۡكِتَـٰبِ ٱلَّذِى نَزَّلَ عَلَىٰ رَسُولِهِۦ وَٱلۡڪِتَـٰبِ ٱلَّذِىٓ أَنزَلَ مِن قَبۡلُ‌ۚ وَمَن يَكۡفُرۡ بِٱللَّهِ وَمَلَـٰٓٮِٕكَتِهِۦ وَكُتُبِهِۦ وَرُسُلِهِۦ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ فَقَدۡ ضَلَّ ضَلَـٰلاَۢ بَعِيدًا (١٣٦) إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ثُمَّ كَفَرُواْ ثُمَّ ءَامَنُواْ ثُمَّ كَفَرُواْ ثُمَّ ٱزۡدَادُواْ كُفۡرً۬ا لَّمۡ يَكُنِ ٱللَّهُ
لِيَغۡفِرَ لَهُمۡ وَلَا لِيَہۡدِيَہُمۡ سَبِيلاَۢ (١٣٧)

Surah an-Nisa’ ayat 136 dan 137)

Mafhumnya:Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad s.a.w) dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh. (136) Sesungguhnya orang-orang yang beriman, kemudian mereka kafir, kemudian mereka beriman semula, kemudian mereka kafir sekali lagi, kemudian mereka bertambah-tambah lagi dengan kekufuran, Allah tidak sekali-kali akan memberi ampun kepada mereka dan tidak akan memberi petunjuk hidayat kepada mereka ke jalan yang benar. (137)

                                                     

3

وَبِكُفۡرِهِمۡ وَقَوۡلِهِمۡ عَلَىٰ مَرۡيَمَ بُہۡتَـٰنًا عَظِيمً۬ا (١٥٦) وَقَوۡلِهِمۡ إِنَّا قَتَلۡنَا ٱلۡمَسِيحَ عِيسَى ٱبۡنَ مَرۡيَمَ رَسُولَ ٱللَّهِ وَمَا قَتَلُوهُ وَمَا صَلَبُوهُ وَلَـٰكِن شُبِّهَ لَهُمۡ‌ۚ وَإِنَّ ٱلَّذِينَ ٱخۡتَلَفُواْ فِيهِ لَفِى شَكٍّ۬ مِّنۡهُ‌ۚ مَا لَهُم بِهِۦ مِنۡ عِلۡمٍ إِلَّا ٱتِّبَاعَ ٱلظَّنِّ‌ۚ وَمَا قَتَلُوهُ يَقِينَۢا (١٥٧)

(Surah-Nisa’ ayat 156 dan 157 )

Mafhumnya:Demikian juga (Kami laknatkan mereka) dengan sebab kekufuran mereka dan tuduhan mereka terhadap Mariam (dengan tuduhan) yang amat besar dustanya. (156) Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan: "Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Mariam, Rasul Allah". Padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang iaitu salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa) dan sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin. (157

                                               

BAGAIMANA MENGIMANI AYAT-AYAT AL-QURAN BERKAITAN   KEKUFURAN


Sebagai mukmin yang beriman kita hendaklah yakin dengan perkara dan peristiwa yang di bicarakan di dalam al-Quran kerana ia merupakan salah satu kepada cabang rukun iman iaitu beriman kepada kitab-kitab Allah (al-Quran).Selain itu, kita harus mengambil iktibar diatas peristiwa yang telah berlaku keatas umat terdahulu contohnya tentang kekufuran. Dari itu, segala intipati daripada ayat al-Quran dapat di praktikkan dalam kehidupan seharian serta menjadi peringatan kepada masyarakat zaman sekarang agar lebih berwaspada dalam menjalani ranjau kehidupan yang berliku.

                                     

KESAN MENGIMANI AYAT-AYAT AL-QURAN BERKAITAN KEKUFURAN

Beriman kepada kitab-kitab adalah salah satu cabang kepada rukun iman. Justeru itu dalam kita mengimani ayat-ayat Allah berkaitan kekufuran, secara tidak langsung dapat menghindarkan diri kita daripada terjerumus dalam golongan kufur yang dibenci oleh Allah ini. Malahan ini menjadi nilai tambah yang sangat berharga kepada keimanan kita dalam mentarbiyah dan muhasabah diri agar menjadi mukmin yang bertaqwa, beriman dan mendapat tempat yang mulia disisi Allah s.w.t.

   BAHAGIAN-BAHAGIAN KUFUR
Menurut As-Syeikh Muhammad Jameel Zino dalam Kitab Minhaj al-Firqah an-Najiyah bahawa kufur terbahagi kepada dua bahagian. Pertama adalah kufur besar. Kufur besar adalah kekufuran yang mengeluarkan seseorang dari agama Islam. Ia merupakan kufur ‘Itiqad. Orang yang beriktiqadkan kufur besar adalah kekal dalam neraka.
Manakala yang kedua adalah kufur kecil iaitu merupakan sebahagian dari jenis dosa besar yang disebutkan didalam al-Quran dan hadis dengan lafaz kufur bertujuan untuk member larangan yang amat berat serta menakutkan pelakunya. Akan tetapi ia tidak mengeluarkannya dari agama Islam.

                                         

BAHAGIAN KUFUR BESAR(AL-AKBAR)


1.Kufur al-Inkar

“Kufur al-inkar” adalah kekafiran dalam erti pengingkaran terhadap Allah sebagai pencipta, pemelihara, dan pengatur alam ini, megingkari para rasul-Nya, dan seluruh ajaran yang mereka bawa.Hasil daripada keingkaran terhadap suruhan Allah,maka mereka dikategorikan sebagai penganut ateisme, materialisme, dan naturalisme yang hanya mempercayai hal-hal yang bersifat material dan alamiah.  Menurut mereka, kehidupan ini hanya berlangsung secara alamiah, murni tanpa kendali dari luar. Firman Allah s.w.t:

وَقَالُوا مَا هِيَ إِلَّا حَيَاتُنَا الدُّنْيَا نَمُوتُ وَنَحْيَا وَمَا يُهْلِكُنَا إِلَّا الدَّهْرُ وَمَا لَهُمْ بِذَلِكَ مِنْ عِلْمٍ إِنْ هُمْ إِلَّا يَظُنُّونَ
(Surah al-Jatsiyah ayat 24)

"Dan mereka berkata: "Kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan di dunia saja, kita mati, hidup, dan tidak ada yang membinasakan kita selain masa". Mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang itu, mereka tidak lain hanyalah menduga-duga saja."

                                      

2.Kufur al-Juhud

Kufur al-juhud adalah mengakui dengan hati (kebenaran yang dibawa oleh Rasululah) tetapi mengingkarinya dengan lidah.  Menurut Thabataba'i,  kufur al-juhud bererti pengingkaran terhadap ajara-ajaran Allah dalam keadaan tahu bahawa apa yang diingkari itu adalah kebenaran. Fir'aun dan kelompoknya adalah contoh  orang kafir jenis ini, sebagaimana diterangkan dalam al-Quran.Firman Allah:

فَلَمَّا جَاءَتْهُمْ ءَايَاتُنَا مُبْصِرَةً قَالُوا هَذَا سِحْرٌ مُبِينٌ(13)وَجَحَدُوا بِهَا وَاسْتَيْقَنَتْهَا أَنْفُسُهُمْ ظُلْمًا وَعُلُوًّا فَانْظُرْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُفْسِدِينَ(14)
(An-Naml ayat 13-14)

Mafhumnya:“Maka tatkala mu`jizat-mu`jizat Kami yang jelas itu sampai kepada mereka, berkatalah mereka: "Ini adalah sihir yang nyata". Dan, mereka mengingkarinya kerana kezaliman dan kesombongan (mereka), padahal hati mereka meyakini (kebenaran)-nya. Maka, perhatikanlah betapa kesudahan orang-orang yang berbuat kebinasaan.”

                                        

3. Kufur  an-Nifaq

Kufur al-nifaq bererti menzahirkan Islam dengan sebutan lidah, tetapi hati dan amalannya berlawanan dengan apa yang disebutkan(pengingkaran dengan hati).Firman Allah S.W.T:

(Surah al-Ma'idah ayat 41)

Mafhumnya: “Hai Rasul, janganlah kamu disedihkan oleh orang-orang yang bersegera (memperlihatkan) kekafirannya, iaitu di antara orang-orang yang mengatakan dengan mulut mereka: "Kami telah beriman", padahal hati mereka belum beriman.”

.
Kufur Nifaq ini terbahagi kepada dua jenis iaitu pertama adalah Nifaq I’tiqadi iaitu munafik i’tiqad dan tempatnya di neraka paling bawah.Kufur jenis ialah mendustakan apa yang datang dari Allah,mendustakan sebahagian daripada apa yang datang dari Allah , mendustakan Rasulullah atau apa yang datang darinya,mendustakan sebahagian daripada apa yang datang dari Rasulullah serta benci terhadap kejayaan dan kemenangan Islam,dan terakhir sekali adalah gembira dengan kemunduran Islam.

.       Keduanya adalah Nifaq Amali, iaitu munafik amalan.Nifaq jenis ini tidaklah sampai mengeluarkan seseorang daripada agama Islam dan nifaq ini iaitu jika bercakap ia berbohong,jika berjanji ia mungkir,jika diberi amanah ia mengkhianati,jika ia berkelahi ia berdendam dan jika bersumpah ia menipu

                                               

4.Kufur asy-Syirk

Syirik bererti mempersekutukan Allah dengan menjadikan sesuatu selain dari-Nya sebagai sembahan, objek pemujaan, dan atau tempat menggantungkan harapan dan dambaan. Syirik digolongkan  sebagai kekafiran kerana perbuatan itu mengingkari keesaan Allah.

Para ulama membagi jenis syirik kepada dua bahagian iaitu syirik besar dan syirik kecil.Pertamanya adalah syirik besar (syirk jaliy) iaitu mempersekutukan Allah secara terang-terangan.Contohnya ialah seperti menyembah patung dan berhala.Akibatnya rosak akidah,berdosa besar dan mendapat azab di akhirat.

Keduanya adalah syirik kecil (syirk khafiy) iaitu tidak meletakkan Allah sebagai yang mutlak dalam niat terutama dalam ibadat.Ia tidak menyebabkan seseorang itu dihukum sebagai kafir atau musyrik,tetapi dosa syirik kecil adalah lebih besar dari dosa-dosa besar lain seperti zina ,minum arak dan lain-lain lagi.Contohnya ialah tidak ikhlas,riak dan takabbur(menunjuk-nunjuk dalam ibadat) dengan mengkhususkan sebahagian amalan untuk Allah dan sebahagian lagi untuk kepentingan lain. Akibatnya orang seperti ini akan dibenci masyarakat dan hilang kawan.

                                                   

5.Kufur  al-Irtidad

Istilah “irtidad” atau “riddat” berakar dari kata “radd”.Menurut ar-Raghib,  “riddat” khusus digunakan bagi orang-orang yang  kembali kepada kekafiran sesudah beriman.Fenomena riddat banyak sekali berlaku  dalam masyarakat sekarang, khususnya masyarakat moden yang berlatar belakangkan perkahwinan campuran antara agama.Misalnya sanggup tukar agama(Islam) kepada agama lain kerana berkahwin dengan orang bukan Islam.

6.0 Kufur bohong(at-Takzib)

Kufur ini bermaksud pembohongan terhadap keseluruhan al-Quran dan hadis atau sebahagian dari apa yang telah diterangkan dengan amat nyata didalam al-Quran dan hadis.Dalilnya adalah firman Allah s.w.t dalam surahal-Ankabut ayat 68.Mafhumnya, “Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan kedustaan terhadap Allah atau mendustakan yang hak setelah yang hak itu disampaikan kepadanya.Bukankah dalam neraka jahanam disediakan tempat tinggsl bagi orang-orang kafir?”.

                                   

7.0 Kufur Enggan(al-Iba’) dan takabbur(al-Istikbar)

Kufur ini bererti menolak yang hak dengan sebab benci dan bongkak terhadapnya padahal ia mengaku akan kebenaran hak itu dan tidak mengingkarinya.ini adalah seperti kufur Iblis sepertimana yang dikisahkan dalam surah al-Baqarah ayat 34.Mafhumnya “Dan ingatlah ketika Kami berfirman kepada para malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam,maka sujudlah mereka kecuali Iblis,ia enggan dan takabbur dan adalah termasuk dalam golongan kafir”.


BAHAGIAN KUFUR KECIL(AL-ASGHAR)

1.Kufur an-Ni'mat

Kufur an-ni'mat adalah mengingkari Allah sebagai pemberi nikmat kepada manusia,tidak bersyukur atas segala nikmat Allah,serta menggunakan nikmat bukan  untuk tujuan yang sepatutnya(memperoleh keredhaan Allah).Contohnya ialah menggunakan nikmat untuk melakukan  maksiat,enggan mengeluarkan zakat dan boros berbelanja.Firman Allah s.w.t;


وَإِذَا مَسَّ الْإِنْسَانَ الضُّرُّ دَعَانَا لِجَنْبِهِ أَوْ قَاعِدًا أَوْ قَائِمًا فَلَمَّا كَشَفْنَا عَنْهُ ضُرَّهُ مَرَّ كَأَنْ لَمْ يَدْعُنَا إِلَى ضُرٍّ مَسَّهُ كَذَلِكَ زُيِّنَ لِلْمُسْرِفِينَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ(12)

(Surah Yunus ayat 12)

Mafhumnya: “Dan apabila manusia ditimpa bahaya, dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk, atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu darinya, dia (kembali) melalui jalannya yang sesat, seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk menghilangkan bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan".

                                               

2.Kufur Amali

Kufur ini bermaksud iaitu segala amalan maksiat yang disebutkan lafaz kufur terhadapnya tetapi sebenarnya keimanannya adalah tetap wujud disisinya.Contoh kufur amali adalah seperti hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari yang bermaksud “Memaki seseorang muslim lain itu  adalah fasiq dan membunuhnya adalah kufur”.

 FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN KUFUR
Antara faktor-faktor utama yang menyebabkan kufur ialah,pertama pegangan agama yang lemah menyebabkan seseorang itu tidak dapat membezakan antara perbuatan yang mendapat dosa atau pahala.Keduanya ialah terpengaruh dengan hawa nafsu yang inginkan keseronokan dan kebebasan.Manakala yang terakhirnya adalah disebabkan oleh kesempitan hidup yang menyebabkan seseorang itu sanggup melakukan kufur untuk memenuhi keperluan hidup

                                         

KAITAN KUFUR DENGAN MASYARAKAT SEKARANG

VALENTINE DAY
Pandangan Islam terhadap Perayaan Valentine Day

‘Berkasih-sayang’ versi ‘Valentine’an ini, haruslah diketahui terlebih dahulu hukumnya, lalu diputuskan apakah akan dilaksanakan atau ditinggalkan. Dengan melihat dan memahami asal-usul serta fakta pelaksanaan Valentine’s Day, sebenarnya perayaan ini tidak ada sangkut pautnya sedikitpun dengan corak hidup seorang Muslim.

Tradisi tanpa dasar ini lahir dan berkembang dari segolongan manusia (kaum/bangsa) yang hidup dengan corak yang sangat jauh berbeza dengan corak hidup berdasarkan syariat Islam yang agung. Jika kita fahami nas-nas syara’ dengan lebih mendalam, akan kita dapati aturan yang tegas terhadap masalah ini, antara lain
Firman Allah SWT:“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mengetahui tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan diminta pertangggungjawaban (Surah Al Isra’ : 36)”

         Disini sangat jelas Valentine day adalah budaya orang kafir, yang nyata-nyata kita dilarang untuk mengambilnya, dalam hal ini kita dilarang menyerupai budaya yang lahir dari peradaban kaum kafir, yang jelas-jelas bertentangan dengan akidah Islam,Maka itu wahai saudaraku-saudaraku renungkanlah, Allah swt berfirman dalam surah al Baqarah ayat 120 yang bermaksud“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”

                                     

BLACK METAL

“Black Metal " adalah suatu kumpulan manusia yang sesat, tiada percayakan apa-apa pun agama, tiada percayakan Tuhan. Mereka menyebarkan pengaruh melalui Aliran Mozek yang disesuaikan dengan minat golongan remaja berasal dari Yunani, yang dipelopori oleh seorang lelaki Yahudi bernama Yurinamus.

Aliran ini bencikan agama, termasuklah apa-apa agama. Mereka menghina agama-agama, memijak bible, mengencingkan, meludah, mengoyak dan membakar Al-Quran, mereka dari golongan pengamal-pengamal sihir, minum arak, seks bebas, suatu upacara atau pesta seks bebas antara manusia dengan manusia dan antara manusia dengan binatang.

Antara lain amalan kumpulan ini ialah mengadakan upacara pemujaan, iaitu memuja kambing hitam, meminum darah kambing hitam, memuja syaitan dan mentera-mentera yang berlainan. Kesan dari itu, akhlak menjadi rosak, tiada pegangan aqidah yang kukuh, akhirnya menjadi sejahat-jahat manusia, sehingga sanggup memijak Al-Quran, melawan ibu bapa, menghina agama dan lain-lain lagi.

                                    

Bagaimanakah kita sebagai ibu bapa dan salah seorang anggota masyarakat dapat membantu remaja daripada terbabit atau terjebak dengan kumpulan yang tidak bermoral ini? Di antara langkah-langkah yang perlu diambil ialah:

Pertamanya ialah tingkatkan daya ketahanan iman remaja .Imam Al-Ghazali membahagikan maksiat kepada dua bahagian iaitu maksiat zahir dan batin. Suasana persekitaran boleh mempengaruhi rangsangan nafsu dan akal untuk menghasilkan tingkah laku remaja. Pembabitan remaja dalam kegiatan berfaedah seperti kem ibadah, kursus kecemerlangan diri, dan lain-lain mampu membantu remaja membina personaliti unggul.
Keduanya ialah memberi panduan memilih kawan.

                                      

Menurut kata Imam Ghazali, berkawan dengan orang yang sangat mementingkan perkara keduniaan semata-mata, adalah seperti minum racun yang membinasakan. Ini kerana tabiat manusia itu sentiasa terpengaruh untuk meniru-niru tabiat rakannya tanpa disedari oleh orang lain, sebaliknya, jika kita bergaul atau berkawan dengan orang zahid atau mementingkan keakhiratan, ia akan menarik hati kita kepada cintakan kezahidan, mensyukuri nikmat Allah dan lebih menyayangi diri sendiri, yang mampu menjadi benteng menapis perbuatan maksiat.

Ketiganya ialah mendidik anak supaya dapat membezakan di antara rakan sebaya yang baik atau tidak baik.Abu Sulaiman Ad-Dardani berkata, jangan sekali-kali engkau bersahabat dengan salah seorang daripada dua yang berikut iaitu orang yang engkau senang dengannya dalam menguruskan hal ehwal keduniaanmu dan orang yang tidak dapat memberi faedah dan manfaat dalam hal ehwal keakhiratanmu.

                                      

Keempatnya adalah sentiasa memantau siapa rakan sebaya anak.Ibu bapa wajar memantau siapa rakan anak-anak mereka di sekolah atau dalam kawasan perumahan tempat mereka tinggal, yang sering didampingi oleh anak mereka dari semasa ke semasa. Mereka perlu memerhatikan tingkah laku anak-anak meeka secara bijaksana untuk mengesan sebarang perubahan tidak sihat. Mereka mesti cepat bertindak jika mendapati anak remaja mereka terbabit dengan ajaran atau kumpulan tidak sihat.

Selain itu, ibu bapa perlu berusaha memperkukuhkan ikatan kasih sayang dan kekeluargaan bagi memenangi hati anak remaja. Melalui cara ini, kita dapat memastikan anak kita tidak tersilap memilih rakan sebaya atau kumpulan yang diceburinya. Firman Allah s.w.t dalam Surah Al-Imran ayat 85 yang bermaksud :" Dan barang siapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat(kelak) dari orang-orang yang rugi."

                                       

Kekufuran ini jelas sekali memberi kesan yang buruk dan bahaya kepada kehidupan manusia samaada di dunia dan di akhirat.Bagi kehidupan di dunia,kekufuran akan memberi ancaman kepada individu dan masyarakat.Antara kesan kekufuran kepada individu adalah ia akan merasakan hidupnya kosong dan tidak bermakna.Secara tidak langsung akan menimbulkan kecelaruan psikologi yang menyebabkan tekanan perasaan. Hal ini menyebabkan individu tersebut berpotensi untuk melakukan perkara yang bertentangan dengan akidah  dan membawa kepada kekufuran.
Manakala kepada masyarakat pula,kekufuran akan membawa kepada perbalahan,perpecahan dan kerosakan kepada masyarakat.Contohnya seperti kufur Akbar,Iaitu kufur Iktiqad yang mana wujudnya nabi palsu yang mampu menggugat akidah dan keimanan seseorang sekaligus membawa kepada perpecahan dalam masyarakat.

  KESIMPULAN

Secara konklusinya, iman merupakan medium terpenting  dalam memainkan peranan bagi mencegah individu daripada terlibat dengan gejala kekufuran . Kepentingan iman ini jelas sekali sepertimana dalam  firman Allah iaitu surah An-Nisa ayat 136 yang bermaksud “Wahai orang yang beriman,tetaplah beriman kepada Allah dan RasulNya dan kepada kitab yang Allah turunkan sebelumnya.Barangsiapa yang kufur kepada Allah,malaikat,kitab, Rasul dan hari kiamat maka sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-jauhnya”.

                                     

  CADANGAN
Justeru itu, saya mencadangkan kepada para pendidik(guru-guru) terutama yang mengajar subjek pendidikan Islam agar lebih kreatif mempelbagaikan kaedah pengajaran berkaitan matapelajaran pendidikan Islam.Guru-guru tidak seharusnya menumpukan kepada pengajaran di dalam kelas sahaja sebaliknya perlu kepada aktiviti diluar kelas dan mengaitkan suasana dan keadaan sekeliling yang sedang berlaku.Penekanan dan tumpuan yang lebih harus diberikan kepada matapelajaran pendidikan Islam terutama bab kekufuran ini.Hal ini harus dipandang serius kepada para pendidik agar dapat menghasilkan para pelajar yang benar-benar bersedia menghadapi dunia masa kini dengan bekalan iman dan takwa.

BIBLIOGRAFI

Ismail bin Omar.(1990) Manhaj Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, Shah Alam, Access Infotech(M) Sdn,Bhd .
Surah al-Baqarah dan an-Nur, Al-Quran Explore (Sumber Internet), 04.30p.m. 13/8/2009.
Dr. H.Harifuddin Cawidu,Bahagian Kufur,www.pusatstudi al-Quran, 03.00p.m,14/08/2009/
Majlis Fathul Hidayah,Valentine Day,www.hidayatullah.com,09.00 a.m,14/08/2009.
Ancaman Black Metal,www.jais.com.my,09.30 a.m,14/07/2009.
Abdul Majid Aziz Az-Zindani,(2004),cet.1,Kitab Tauhid Di Perakui oleh Fakta Sains,Kuala Lumpur,Pustaka Salam Sdn.Bhd.
Syeikh Muhammad Zamil Zainu,Manhaj al-Firqah an-Najiyah wal-Thoifah

                                  

Posted by Jejaka itu Aku at 10:09 AM

لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ Maksudnya :"Tidak akan masuk syurga seseorang yang dalam hatinya ada sebesar zarah rasa takabbur" [Sahih Muslim : Book of Faith, 166]

MEMBAZIR AMALAN SYAITAN إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا Maksudnya:"Sesung...