Makanan di syurga

Makanan di syurga

Oleh MOHD. YUSOF ABAS

SOALAN: Saya terbaca hadis yang mengatakan bahawa makanan pertama yang akan dijamu kepada penghuni syurga ialah hati ikan. Adakah benar hadis tersebut dan kenapa hati ikan bukan makanan yang lain?

– Ahmad Shaukat, Pontian, Johor.

JAWAPAN: Memang benar ada hadis sahih yang menceritakan bagaimana persoalan yang dikemukakan oleh orang Yahudi kepada Rasulullah s.a.w. untuk menguji kebenarannya. Kata Thauban (hamba dan sahabat) Rasulullah pada waktu ia bersama Rasulullah datang pendeta Yahudi bertanya beberapa persoalan kepada Rasulullah. Di antara persoalan pendeta tersebut, apakah jamuan untuk menyambut kedatangan penduduk syurga. Lalu nabi bersabda yang bermaksud: Jamuan sambutan mereka ialah hati ikan (hadis Riwayat Muslim).

Tentang persoalan mengapa hati ikan dijadikan hidangan pertama sebagai makanan ahli syurga telah dibuktikan keberkesanannya (hati dan daging ikan) untuk mengawal kesihatan terutama dari penyakit hati. Sebab itu minyak ikan telah diakui keberkesanannya. 




Kata para doktor bahawa pengambilan ikan sebanyak 30-40 gram setiap hari dapat mengawal daripada penyakit hati. Menurut mereka lagi (para doktor) minyak ikan juga amat berkesan untuk menurunkan kolesterol dalam darah.

Terdapat bukti kajian menunjukkan bahawa pengambilan minyak ikan secara berterusan setiap hari dapat menurunkan tekanan darah tinggi. Pakar penyelidik mendapati bahawa minyak ikan amat berkesan untuk mengawal penyakit hati terutama untuk kaum lelaki. Begitu juga di kalangan wanita mengandung, untuk mengawal tekanan darah tinggi dan yang mengalami bengkak kaki kesan dari tekanan darahnya. Keajaiban berlaku setiap hari hasil kajian mutakhir mengenai kelebihan minyak ikan sehingga disyorkan supaya dijadikan makanan rutin setiap hari untuk kesihatan. Wallahualam.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=0805&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_05.htm#ixzz5JheGF2gf
© Utusan Melayu (M) Bhd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ Maksudnya :"Tidak akan masuk syurga seseorang yang dalam hatinya ada sebesar zarah rasa takabbur" [Sahih Muslim : Book of Faith, 166]

MEMBAZIR AMALAN SYAITAN إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا Maksudnya:"Sesung...