Khalifah Al-Ma'mun bin Harun al-Rashid ketika beliau masih kecil, beliau sering dipukul oleh gurunya dengan tongkat tanpa sebarang sebab dan setiap kali beliau bertanya apa salahnya, gurunya menjawab: "diam", tanpa memberi sebarang sebab.
Setelah berlalu dua puluh tahun, beliau kemudiannya dilantik sebagai khalifah. Perkara pertama yang beliau lakukan ialah memanggil gurunya dahulu dan bertanyakan apakah sebabnya ketika beliau kecil dahulu beliau sering dipukul. Maka gurunya bertanya: "kau masih belum lupa?" Khalifah al-Ma'mun berkata: "Demi Allah! aku masih ingat". Jawab gurunya sambil tersenyum: "aku lakukan itu semua agar engkau ingat bahawa orang yang dizalimi tidak akan lupa dia pernah dizalimi. Oleh itu jangan kamu berlaku zalim kepada sesiapapun kerana kezaliman itu ibarat api yang tidak akan terpadam dalam hati orang yang dizalimi walau bertahun-tahun masa berlalu".
Nik Roskiman
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ Maksudnya :"Tidak akan masuk syurga seseorang yang dalam hatinya ada sebesar zarah rasa takabbur" [Sahih Muslim : Book of Faith, 166]
MEMBAZIR AMALAN SYAITAN إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا Maksudnya:"Sesung...
-
Dalam Islam,fadhilat atau kelebihan banyak diberikan dan seakan memberati kaum lelakinya.Hal ini seolah-olah menafikan kaum wanita yang ju...
-
HUKUM MEMFITNAH DAN MENYEBARKAN FITNAH Satu sikap yang merosakkan sesuatu kebahagiaan umat Islam ialah 'suka membawa mulut', mere...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan