![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjQ20MN4zvMXzmPxNvuaMcQX2RC_mpidSwXa5izA3fad17iqm9nnYucN7VFQ66Hq_TQaOQAyzp86wJu7RnTsbG4IQPBAXr2UfhsGzt_-NGpCOkjKhZRgaJBbtXgoQWnRxIm6-iuTxgSJuQ/s320/anjing52.jpg)
DALAM kesibukan orang melayu melayan cerita-cerita Mahathir dan Guan Eng menjalankan propaganda 'Manipulasi Hutang Negara' dengan mencipta angka negara muflis, memerangkap Dato Sri Najib dengan mengaibkan dan membuat tuduhan-tuduhan jenayah, malah menghidangkan 3 bulan tanpa GST untuk rakyat bergembira hingga terleka.
Tanpa orang-orang melayu sedari rancangan halus DAP telahpun bermula sejak dari hari pertama lagi Pakatan Harapan memerintah negara!
Tolong baca betul-betul dan hadam dengan bandingkan kepada apa yang sedang berlaku ketika ini, untuk anda fikirkan tentang apa nasib Melayu Islam dan Raja-raja Melayu nanti.
Dalam masa Lima Tahun, DAP akan arahkan Mahathir Membina Negara Baru berlandaskan Demokratik Liberal dalam membentuk dasar Malaysian Malaysia bagi menggantikan Negara Islam.
Apa yang akan berlaku secara terancang, tersusun dan secara halus :-
1. KUASA RAJA-RAJA MELAYU HANYA 'TERSURAT' TETAPI TIDAK DAPAT DILAKSANAKAN.
Fasa ini telah dimulai dengan Kadir Jasin telah mula memberi isyarat dan amaran kepada Raja Raja Melayu apabila dia secara terang terangan membangkitkan isu KONTRAK SOSIAL ANTARA RAJA DAN RAKYAT. Lebih tepat lagi ianya berbaur HASUTAN.
Ini bukan suara biasa kerana dia adalah KETUA MEDIA DAN KOMUNIKASI MAJLIS PENASIHAT KERAJAAN PH (MPK-PH), satu badan yang di lihat sangat berpengaruh dan berkuasa di bawah kerajaan baru.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjl8laLXl_4OwCWvZkbj4yopZM3qCRSkAog93V8q2vGHCWjbAbE8Mb9zyNPB1iaK5yaj3t318dSFUkDVw2ARahKs725VcP3pxQ0avyPbOYfu3f0QgTqH6Aig-pqLowVqthGhC8bnh79s9A/s320/anjing6.jpg)
2. MENUKAR KETUA PENGARAH SPRM.
Fasa ini telah berlaku dengan sempurna di mana Mahathir telah melantik Mohd Shukri Abdull sebagai KP SPRM malah telah Berjaya melakonkan drama air mata di dalam satu sidang media untuk menjatuhkan hukuman terhadap Dato Sri Najib ebagai bersalah dalam isu 1MDB, sebelum Dato Sri Najib selesai disoal siasat dan sebelum dihadapkan ke Mahkamah.
Proses ini lebih dilihat untuk mengalih perhatian rakyat dari melihat rancangan halus DAP dalam mengarah Mahathir membina negara baru berasaskan Malaysian Malaysia!
3. PEGUAM NEGARA
Pada cubaan pertama Mahathir dari arahan DAP telah mencalonkan seorang peguam Majlis Peguam, Tommy Thomas untuk memegang jawatan Peguam Negara juga merupa peguam membela kes Cheng Peng dari Parti Komunis Malaya malah seorang yang pernah pertikaikan kedudukan raja-raja melayu.
Namun cubaan ini gagal apabila pencalonan ini telah ditolak oleh Yang Di-Pertuan Agung.
Untuk itu Ram Karpal Singh telah mencadangkan kepada Mahathir untuk mencalonkan Tan Sri Zainun Ali yang juga pro DAP, di mana calon ini adalah salah seorang dari 5 hakim yang sebulat suara dalam kes M Indira Gandhi.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEinB02Sll7tWm525et-aqQp1QUFCV2CW_mUYjEDtE7kXVbxtCUcBSVecxIkNT9ZPODWD23I0yr6PwG15IasPSxaopsN4LnszN-F250LalRLEw5fLSifBqiccGvC0wIhY1bQ5vLNenYXM8Q/s320/anjing40.jpg)
Mereka telah memutuskan pengislaman ke atas ketiga-tiga anak bekas suami M Indira sebagai tidak sah dan melanggar undang-undang.
Sekiranya Mahathir berjaya melantik calon melayu yang pro-DAP tetapi harus dingat bahawa Director of Public Prosecutions nanti akan digantikan kepada yang bukan melayu pro-DAP.
Bermakna ini adalah langkah membahayakan kedudukan kedaulatan Islam dari segi Mahkamah Syariah dan undang-undang kecil islam. Juga akan membawa perubahan ketara kedudukan melayu islam dalam Membina Negara Baru Malaysian Malaysia bagi menggantikan negara Islam.
4. KETUA HAKIM NEGARA
5. JABATAN KEMAJUAN AGAMA AKAN MENGGANTIKAN JAKIM.
Hal ini telah disuarakan oleh Mahathir sendiri untuk mengkaji kedudukan JAKIM malah dari kalangan pro-DAP dalam Pakatan Harapan telah menyuarakan permansuhan JAKIM malah ada yang mengarahkan JAKIM menghentikan pembiayaan sekolah-sekolah Agama dan Tahfiz.
Dalam pada masa yang sama, ketika ini guru-guru Kafa telah diberhentikan atau disekat pembayaran elaun.
Begitu juga elaun Tok Imam satu, tok iman 2 dan siak telah digantung.
Tindakan ini akan terjawab apabila pembentukan Kabinet Penuh Pakatan Harapan yang mana Menteri Bukan Islam akan ambil alih prihal agama di Malaysia.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgJsY7tIU2bWnrO_qFWeiMaSZfuVJFk4DonHMs4qm7IdUPHbo7cgNwUiu_9kgIqENIx469L7zWLw2LCsEwC13FtdXWNecgeeIB2tFQZStDfwxUwEzpYOinDwGWRFxPxgr-XQTNze-_Uok4/s320/anjing43.jpg)
6. SPEAKER DEWAN RAKYAT
Ini adalah fasa seterusnya yang akan berlaku, yang mana ketika ini kedudukan kerajaan Pakatan Harapan dikuasai 71 kerusi bukan islam berbanding 41 islam, Malah parti Mahathir sendiri hanya mempunyai 13 kerusi berbanding PKR 47, DAP 42 dan Amanah 11 yang mana amat jelas Mahathir hanyalah tidak lain tidak bukan hanyalah PM Boneka!
Peranan Speker ini akan melakukan berberapa strategi untuk mengekang bantahan MP pembangkang terutama dari kalangan UMNO dan PAS, terhadap apa usul untuk menyokong rancangan ini.
7. KEMAS, JASA DAN BTN DIBUBARKAN
Ini telah berlaku dengan sempurna dengan DAP bermatalamatkan untuk menghapuskan terus pengaruh melayu dari bangkit dan menggangu rancangan halus DAP!
Lain fasa yang akan menyusul.
8. KSU
Semua Kementerian akan ada Panel Penasihat Rakyat, menasihati Menteri dan memantau KSU. Keahlian Panel 70% bukan Melayu.
Panel ada kuasa untuk Perunding Antarabangsa menilai semula polisi negara atas keperluan kawal selia yang telus dan efektif.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgO9-Z2ZKXzUqZD0quIEdZF9NAZJ7K-UbQEuQphoA8kppBWuf6C6GwOoT_ygq-AzdtC_mkz3iwWnPPhpozv2DcPHXZ65WeYG7j5TXuYGbgGX4MA2mnANob8_ckfURsKHoXsKxUvGpCbfAk/s320/anjing56.jpg)
9. PERUNTUKAN BAJET PEMBANGUNAN ISLAM DARI KUTIPAN ZAKAT DAN BUKAN DARI BELANJAWAN NEGARA
10. Semua institusi pendidikan bumiputera - terbuka semua kaum dan berdasarkan merit. Ini melibatkan UiTM, UniKL, MRSM, KPTM, KKM dll.
11. Rejimen Askar Melayu Diraja ditukar kepada Rejimen Askar Malaysia Diraja.
12. Panglima Angkatan Tentera tetap Melayu, tetapi Panglima TUDM dan TLDM bukan Melayu.
13. PAT tidak akan dapat bertindak tanpa sokongan Panglima TUDM dan TLDM.
14. Ketua Polis Negara Melayu, tetapi Timbalan KPN akan ada 2.
15. Ketua Cawangan Khas.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhb_zsEAsiAuCW561a3UdGgLfhyEUhWyaiiO3_I5ETaUEZUTaNauq7mbFLQdDPedCkU28pTAPYqjnr65bAN_MHib-DItNGSNlESXOI1TULZ2KfVxcF3xUA1iGoTxnZwIwFWDXavPRMs6DQ/s320/anjing54.jpg)
16. Pengarah Urusan Khazanah.
17. PNB
18. Agensi seperti Teraju, YPEIM, PUNB, PNS akan dikaji oleh Perunding Antarabangsa.
19. MARA kekal tetapi bajet pembangunan di potong 80%.
20. Melantik pengarah SPR baru.
21. Penempatan dan penyusunan kedudukan semula pola pengundi proDAP melalui kaedah penempatan perumahan dan sebagainya.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjqU3MENp-UatMV3-krKOV6IB0V7qgMR7kROse5y6PNo4X9RS-Ut92KWCH7KujVVNOusTaqUjrfRwYY7rq_xQLDWf-ayJHdt2rYEEco7mpgu8Iywi7nI1MHE5K4z39qqE7KLdlgdOGchgk/s320/anjing48.jpg)
#RakyatMalaysiaMemlih2018 👎
#PemnatauMalaysiaBaru
Tiada ulasan:
Catat Ulasan